21.2.09

Apakan Daya



Hi...

Kartun ini memberikan kiasan bertapa mencabarnya hendak mengajar mata pelajaran Fizik pada peringkat permulaan ini. Permulaan kerana pelajar hanya akan mula mempelajari subjek ini secara khusus di tingkatan 4 dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Subjek ini banyak membincangkan fenomena2 semulajadi dan menerangkan sebab musababnya dari segi matematik. Dari sini timbullah berbagai2 Hukum Alam itu.

Banyak juga konsep2 yang abstrak perlu disampaikan kepada pelajar... tu yang sukar tu...

Abstrak misalnya, waktu kecil saya tidak faham kenapa ada tuhan, jadi saya tanya kepada semua orang di sekeliling saya kenapa perlu adanya tuhan dan mana tuhan itu. Contoh jawapan yang saya terima pula ialah, semua benda2 yang saya lihat sekarang ini tidak wujud sendiri tetapi kerana ada penciptanya yang dipanggil tuhan. Lalu saya bertanya lagi di mana tuhan itu, mereka jawab kita tidak dapat melihat tuhan tetapi kita hanya dapat melihat kesan2 wujudnya tuhan itu, iaitu kewujudan benda2 semua ni.

Jadi dengan cara berfikir yang sama saya akan terangkan apa itu DAYA atau dalam istilah omputehnya FORCE.

Mula2 saya katakan begini...
"kita tidak dapat melihat DAYA tetapi kita hanya dapat melihat kesan2 wujudnya DAYA"

Hehehe... jadi apalah kesan2 kewujudan daya?

Katalah sebuah kotak tiba2 bergerak sendiri, maknanya mesti ada sesuatu yang menolak atau menarik benda itu. Sesetengah orang akan mengatakan bahawa ada hantu yang menggerakkannya. Dalam Fizik senang saja, hantu itu telah mengenakan DAYA yang menyebabkan kotak itu bergerak. Tidak kesahlah siapa agen yang menggerakkan kotak itu samada hantukah, orangkah, jampi serapahkah, mesinkah... dll, pokoknya sesuatu telah dikenakan kepada kepada kotak itu, dan sesuatu itu ialah DAYA.

DAYA ini bukan sahaja sesuatu yang menyebabkan gerakan, tetapi juga menyebabkan berhentinya gerakan, berubahnya bentuk, berubah saiz dam macam2 lagilah. Malangnya kita cuma dapat melihat kesan2 DAYA.

Menjadi lebih sukar lagi dalam subjek Fizik kerana pelajar bukan sekadar perlu tahu mentakrif apa itu daya, tetapi juga mereka harus tahu mengira kuantiti daya ini. Heheheh... oklah, saja ni saya nak melalut. Manalah tahu ada juga pelajar yang selama ini tidak pandai faham2 apa itu daya, bila terbaca artikel ii akan lebih mengerti bah.

Ok, adik2 semua rajin2 lah mengulangkaji pelajaran terutamanya Fizik... :)

Sampai jumpa.

4 comments:

comel95 said...

Ngam betul tajuk post ni dengan situasi dalam kartun tu.

Anonymous said...

serius juga ko punya post hari ni..tapi bagus juga untuk student yg baca blog ni. sekurang2nya dapat tip berguna untuk subjek fizik...

Anonymous said...

aik... mcm serius saja bah tu. inda juga

Anonymous said...

aiyaaaa, comel95... actually sa mau kasi post ni lawak tp jadi serius plak arrr. hmm, bab2 mengarang inilah aku problem. thanks 4 ur compliment hehehe.