31.12.11

TWENTY TWELVE


SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI. SEMOGA TAUN 2012 AKAN MEMBERI BANYAK KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN DAN KESIHATAN YANG BAIK. DIHARAPKAN JUGA REZEKI AKAN BERTAMBAH-TAMBAH.

TERIMA KASIH ATAS KOMEN2 DAN SOKONGAN ANDA SELAMA INI.

HAPPY NEW YEAR 2012.


24.12.11

Kemas kini borang permohonan masuk ke sekolah teknik/vokasional

Salam 1M,

Keputusan PMR baru saja diumumkan pada minggu ini. Jadi, anda boleh mengemaskini keputusan anda ketika mengisi borang permohonan sebelum ini. Bagi yang tidak sempat mengisi borang dahulu, jangan kecewa kerana anda masih berpeluang lagi untuk memohon masuk ke sekolah teknik/vokasional di Sabah. Anda boleh pergi terus ke sekolah teknik/vokasional yang berdekatan dengan kawasan anda. Jangan lupa bawa slip keputusan, salinan keputusan PMR, kad pengenalan dan salinan.

Selamat maju jaya.

13.11.11

SPM/STPM 2011

SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR2 TG.5 DAN TG.6 ATAS. SEMOGA TABAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM. JUMPA ANDA SEMUA DENGAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG PADA TAHUN 2012..


ALL THE BEST. BE THE BEST..


10.11.11

TAWARAN MASUK KE SEKOLAH TEKNIK/VOKASIONAL 2012

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMASUKI TG.4 KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/VOKASIONAL LIKAS BOLEH MEMOHON DALAM TALIAN. SEBARANG MASALAH, SILA HUBUNGI PEJABAT AM DI TALIAN 088-423742...

layari lamanweb berikut untuk memohon secara talian.... http://www.moe.gov.my/bptv/

16.3.11

Pasukan bola jaring 2011

Aksi-aksi di perlawanan akhir











4.3.11

Apa dan ke mana selepas STPM?

Salam 1M,

Keputusan STPM 2010 baru saja diumumkan baru2 ni. Pelajar2 yg telah mencapai kejayaan yg cemerlang akan tersenyum manakala yg kurang berjaya akan bersedih. Tapi jgn putus asa sbb ia bkn penghujung jalan.

Kenali universiti2 awam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya ditaja oleh kerajaan dan ada lebih 20 universiti awam d negara ini.

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn
UTEM - Universiti Teknikal Malaysia, Melaka
UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin
Uitm - Universiti Teknologi Mara
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
UMS - Universiti Malaysia Sabah
UMP - Universiti Malaysia Pahang
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UMK - Universiti Malaysia Kelantan
UM - Universiti Malaya
UPM - Universiti Putra Malaysia
USIM - Universiti Sains Islam Malaysia
UMPerlis - Universiti Malaysia Perlis
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UUM - Universiti Utara Malaysia
UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak
UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UPN- Universiti Pertahanan Nasional
Universiti Petronas
OUM

Selain dari keputusan STPM yg baik, ada juga saluran lain untuk masuk ke universiti. Contohnya melalui matrikulasi, program asasi dan diploma.

Bagi pelajar2 yang ingin memohon kursus2 yg kompetitif seperti perubatan, undang2, akaun, kejuruteraan dll, keputusan mereka hendak yg terbaik. Bagi keputusan yg kurang cemerlang, pelajar boleh memohon kursus2 seperti sains sosial, pendidikan, seni dan bahasa.

semoga berjaya masuk ke universiti pilihan masing2.



4.2.11

GONG XI FA CAI


Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Semoga tahun arnab ini akan membawa rezeki yang bertambah-tambah dan kita semua dapat hidup dengan harmoni.

sekian.

12.1.11

Pendaftaran Peperiksaan STPM &MUET 2011

Salam 1M,

Pendaftaran calon persendirian individu telah dibuka pada 10.10.11 dan akan ditutup pada 29.03.11.

Kadar bayaran;
a) Bayayaran asas (RM55.00)
b) Bayaran untuk satu mata pelajaran (RM35.00)
c) Caj bayaran pembelian nombor Pin MEC (RM1.00)


Bagi MUET Pertengahan Tahun 2011 pula, tarikh dibuka pada 10.01.11 dan ditutup pada 27.01.11.

Kadar bayaran;
a) Yuran Pendaftaran (RM60.00)
b) Caj bayaran pembelian nombor Pin MEC (RM1.00)

Pendaftaran dilakukan secara online melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online.

Sila buat pendaftaran awal untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sekian...jumpa lagi..


5.1.11

Selamat Tahun Baru 2011

Salam 1 Malaysia,

Rasanya belum terlambat lagi utk mengucapkn 'Selamat Tahun Baru 2011'. Diharap azam thn lepas telah dicapai dan dilaksanakan dgn jayanya.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar Tg. 5 & Tg.6 Atas.

Selamat bertugas kepada semua guru.

Selamat datang kepada guru baru dan juga selamat menjalani latihan mengajar kpd pelatih2 dari UTHM. Semoga dapat menimba ilmu pendidikan sepanjang berada di teknik likas sebagai persediaan menghadapi dunia pendidikan kelak.

Selamat berpindah dan bertugas di tempat baru kpd Ustaz Zaki dan Cikgu Rokiah Saad. Semoga terus cemerlang.

Dan akhir sekali 'Selamat Datang' kpd adik2 tg.4 yang akan mendaftar pada Khamis, 06.01.2011. Diharapkan telah memilih kursus yg sesuai dengan minat dan kecenderungan diri. Cepat2 lah sesuaikan diri dengan budaya teknik kerana belajar di sekolah teknik/vokasional agak berbeza dengan sekolah biasa kerana pelajar2nya terdiri drpd tg.4, tg.5 dan tg.6 sahaja. Suasana pergaulan agak berbeza juga kerana di sekolah biasa ada pelajar2 tg.1, tg.2 dan tg.3.

Tahniah kepada yg berjaya dipilih memasuki tg.4 ke teknik likas. Kpd yg tdk berjaya, peluang masih ada dengan membuat rayuan.

sampai jumpa lagi...