14.1.12

Sayonara

Salam 1M,

Setelah lama menjadi tempat rujukan, ruangan berkongsi ilmu dan maklumat, tempat memberi komen, maka sudah sampai masanya blog ini akan nenamatkan perkhidmatannya. Terasa sedih dan kesal apabila pengumuman ini dibuat. Ada beberapa sebab kenapa blog ini akan ditutup;

1. Perkhidmatan percuma shoutmix telah ditamatkan perkhidmatannya. Jika mau juga, perlu bayar.
2. Perkhidmatan slide.com juga ada mengenakan bayaran sekiranya mahu menggunakan perkhidmatan mereka. Slide.com akan menamatkan versi percuma hingga bulan Mac.
3. Setakat ini tidak ada orang yang sanggup mahu mengambil alih tugas untuk menguruskan blog ini.

Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca2 blog ini yang telah banyak memberi sokongan selama ini.

Walau bagaimanapun, ada juga khabar gembira untuk pembaca setia blog Teknik Likas ini. Tidak lama lagi segala maklumat dan aktiviti tentang SM Teknik Likas akan dihebahkan di facebook. Jadi, nantikan kemunculan facebook SM Teknik Likas.

Sampai jumpa lagi. Sayonara.




31.12.11

TWENTY TWELVE


SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI. SEMOGA TAUN 2012 AKAN MEMBERI BANYAK KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN DAN KESIHATAN YANG BAIK. DIHARAPKAN JUGA REZEKI AKAN BERTAMBAH-TAMBAH.

TERIMA KASIH ATAS KOMEN2 DAN SOKONGAN ANDA SELAMA INI.

HAPPY NEW YEAR 2012.


24.12.11

Kemas kini borang permohonan masuk ke sekolah teknik/vokasional

Salam 1M,

Keputusan PMR baru saja diumumkan pada minggu ini. Jadi, anda boleh mengemaskini keputusan anda ketika mengisi borang permohonan sebelum ini. Bagi yang tidak sempat mengisi borang dahulu, jangan kecewa kerana anda masih berpeluang lagi untuk memohon masuk ke sekolah teknik/vokasional di Sabah. Anda boleh pergi terus ke sekolah teknik/vokasional yang berdekatan dengan kawasan anda. Jangan lupa bawa slip keputusan, salinan keputusan PMR, kad pengenalan dan salinan.

Selamat maju jaya.

13.11.11

SPM/STPM 2011

SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR2 TG.5 DAN TG.6 ATAS. SEMOGA TABAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM. JUMPA ANDA SEMUA DENGAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG PADA TAHUN 2012..


ALL THE BEST. BE THE BEST..


10.11.11

TAWARAN MASUK KE SEKOLAH TEKNIK/VOKASIONAL 2012

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMASUKI TG.4 KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/VOKASIONAL LIKAS BOLEH MEMOHON DALAM TALIAN. SEBARANG MASALAH, SILA HUBUNGI PEJABAT AM DI TALIAN 088-423742...

layari lamanweb berikut untuk memohon secara talian.... http://www.moe.gov.my/bptv/