31.12.09

2010

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga semua impian anda menjadi kenyataan pada tahun ini.

1. Lulus STPM dengan cemerlang.
2. Lulus SPM dengan cemerlang.
3. Lulus PTK dengan cemerlang.
4. Lulus kursus induksi dengan cemerlang.
5. Lulus temuduga dengan cemerlang.
6. Dapat pasangan hidup yang ideal.
7. Dapat anak yang comel.

Dan macam2 lagi la. Kalo nak dimasukkan di sini mungkin tak muat ruangan ini. Nanti bosan pula pembaca yang lain.

sekian...

30.12.09

Permohonan masuk ke Tg.4 di SM Teknik

Salam 1 Malaysia,

Lama juga tak menulis di blog ni. Maklumlah cuti kan, jadi penulis pun bercuti.

Keputusan PMR 2009 baru saja diumumkan pada 24/12/09 yang lalu. Saya percaya ramai yang hendak memohon untuk memasuki sekolah teknik/vokasional di seluruh negara. Bagi yang belum memohon, masih belum terlambat lagi kerana tarikh tutup permohonan adalah pada 04.01.2010.

So, cepat2lah memohon agar tidak ketinggalan. Permohonan adalah melalui sistem permohonan dalam talian. Pergi ke www.moe.gov.my. Kemudian skrol ke bawah dan lihat bahagian sekolah. Klik di bahagian Permohonan masuk ke tingkatan 4 di SM Teknik dan page baru akan muncul atau alamatnya adalah berikut. http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/index.cfm.

Kepada pembaca2 blog ini, sebarkan berita baik ini kepada saudara mara, adik, jiran, sahabat dan semua org kampung. Tak kiralah melalui sms ke, friendster, ym, facebook, myspace, gosip dan mcm2 lagi la. Ramai2 memohon untuk masuk ke sekolah teknik/vokasional. Pilihlah yang berdekatan dengan tempat anda. The more the merrier.

Selamat memohon dan semoga berjaya.


27.11.09

Hari Raya Aidil Adha


Semoga berbahagia hendaknya di sisi keluarga serta sahabat tersayang...

17.10.09

Spell-It-Right







SM Teknik Likas telah menghantar satu pasukan untuk mengambil bahagian dalam acara spell-it-right anjuran New Starits Times dan RHB yang dijalankan di 1Borneo. Ini adalah kali pertama sekolah teknik mengambil bahagian dan layak ke peringkat akhir. Well done to the team and teachers in charge, Ms Elizabeth and Ms Nor Afzan.

11.9.09

Makanan dan Puasa

Macam2 ada kalo kamu pegi ke bazaar ramadhan. Segala mcm makanan dan minuman ada dijual. Duitnya saja nda cukup..














Bah, pilih la yg mana satu..tapi jgn pula berbelanja ikut nafsu.Karang nda abis, membazir jak...

Selamat berpuasa dan jaga kesihatan supaya raya nanti nda sakit..

1.8.09

Influenza A H1N1

Sekarang ni satu wabak baru telah melanda dunia. Ia telah menjadi pandemic. Kita tidak terlepas dari bahaya virus ini dan beberapa buah sekolah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu telah ditutup. Sama2 lah kita menjaga kesihatan dan keselematan diri.









Langkah keselamatan yang diambil oleh 3 orang pelajar di atas patut dicontohi dan diamalkan di sekolah.

Prevention is better than cure!!!