1.2.10

Selamat bertugas di tempat baru




Warga Teknik Likas mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Farid Othman dan Cikgu Rozita Muslim kerana telah menyumbangkan khidmat mereka di sekolah ini. Kita mendoakan agar mereka terus berkhidmat dengan cemerlang di tempat yang baru.

Cikgu Farid berpindah ke Jabatan Pelajaran Sabah sementara Cikgu Rozita berpindah ke Batu Pahat, Johor.

Dua rangkap pantun untuk mereka berdua;

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Bolah kita menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita berjumpa lagi

All the best!! Sayonara..bye-bye..selamat jalan..von voyage..adios..hasta la vista..chau..

No comments: