10.2.10

Pengambilan kedua Tg. 4

Salam 1 Malaysia,

Tawaran untuk ambilan kedua masih dibuka sehingga hujung bulan Februari ni. Kepada yang layak, sila buat rayuan di pejabat sekolah atau berhubung terus dengan Penolong Kanan HEM untuk mendapat maklumat yang lengkap.

Tawaran untuk kursus kejuruteraan masih banyak lagi. Bagi yang mendapat gred E untuk semua mata pelajaran dalam PMR, kami memohon maaf sebab anda memang tidak layak utk memohon. Bagi yang mendapat D atau E utk matematik, anda juga tidak layak.

Kursus2 teknik adalah (PKA)-kejuruteraan awam, (PKEE)-kejuruteraan elektrik/elektronik, (PKM)-kejuruteraan mekanikal dan juga (PD)-kursus perdagangan.

Kursus2 vokasional pula adalah (AUTO)-automatif, (EK/EL)-lektrik/elektronik, (BB)-binaan bangunan, (KFL)-kimpalan, (PPU)-aircon, (PPN)-pengurusan perniagaan dan (PTP)-pengurusan teknologi pejabat.

SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) terdiri daripada (SKM-PPU) -aircon dan juga (SKM-EL)-elektrik.

Sekiranya anda berminat utk memasuki sekolah teknik likas, telefon pejabat sekolah dan nyatakan keputusan PMR anda supaya anda dapat tahu sama ada anda layak ataupun tidak. Ini kerana kelayakan bagi setiap kursus yg dipohon ada berbeza.

Utk memudahkan anda, berikut adalah nombor telefon pejabat sekolah; 088-423742 dan 088-427834. Sila telefon pada waktu pejabat.

Kepada pembaca blog ini, sila sebarkan maklumat ini kepada rakan2, sahabat2, adik-beradik, sepupu dan kpd yg berminat...

semoga anda berjaya...



No comments: