Warga SM Teknik LIkas mengucapkan selamat berpindah dan bertugas di tempat baru iaitu IP Gaya, Kota Kinabalu. Sekolah akan kehilangan seorang cikgu yang cukup komited dengan kerja beliau dalam ko-kurikulum dan kurikulum. Seorang guru yang tegas tetapi baik hati, mesra dan mudah dibawa berbincang dalam tugasan dan kerja2 sekolah. Semoga cikgu akan terus berkhidmat dengan cemerlang di IP Gaya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sayonara cikgu...sehingga kita berjumpa lagi...
Walaupun jauh di mata tetapi cikgu akan sentiasa dekat di hati kami ...
1 comment:
Teknik Likas tetap dalam kenangan. Banyak memberikan pengalaman sbgi guru. TQ kakak, abng n adik2 guru tersayang.
Post a Comment