9.3.09

robotik




Hi...

Tahun lepas sekolah menghantar dua pasukan ke National Robotic Competition di SJK Lok Yuk Likas. Satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan. Ada beberapa kategori yang dipertandingkan namun pasukan sekolah hanya mengambil bahagian dalam kategori Robot Planting sahaja memandangkan tidak cukup peralatan.

Dalam kategori robot planting ini 40 buah pasukan mengambil bahagian dari kalangan 20 buah sekolah. Pasukan lelaki berjaya mendapat tempat kelima. Tempat pertama hingga keempat disapu bersih oleh satu sekolah sahaja yang mendapat tajaan khas oleh syarikat pengeluar peralatan robotik.

Tahniah kepada 6 pelajar yang bertungkus lumus membuat robot dan programnya. Bagi saya anda sepatutnya boleh mendapat tempat kedua jika tidak kerana sekolah yang ditaja itu telah menghantar 4 pasukan dan kesemua pasukannya menduduki tempat teratas. Tiada kawalan langsung ke atas bilangan pasukan yang boleh dihantar oleh setiap sekolah.

Kepada Airon dan rakan2nya... gambar2 anda saya masukkan dalam slide ini. :)... O, ada gambar2 yg kabur laaa... hantam ja la kan. Airon, c tau kawan2 ko spy dorang buli copy ni gambar2. Bah, c ya all this thursday, mudah2an result kamu semua bagus.

No comments: