15.3.09

Apa kata mereka?

Hi,

Lanjutan daripada keputusan SPM dan STPM minggu lalu, di sini ingin dikongsikan cara-cara beberapa pelajar cemerlang belajar untuk mencapai keputusan yang gempak.

"Saya mengulangkaji awal pagi setiap hari selepas sembahyang dan telah menjadi amalan saya sejak di sekolah rendah lagi. Saya beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas."
~~ Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal (20A), Sekolah Maahad Muhammadi (P), Kelantan

"Tumpuan sepenuhnya keitka berada di dalam kelas dan jika kurang jelas harus segera ditanya dengan guru yang mengajar. Sekiranya masih kurang faham, saya akan bertanya dengan rakan-rakan yang lain. Selepas belajar malam dari jam 7 hingga 10 malam, semua pelajar akan pulang ke asrama, saya akan terus belajar sehingga jam 12 malam.
Cara saya belajar bahasa Inggeris ialah banyak membaca akhbar, majalah dan novel manakala matematik pula perlu membuat latihan setiap hari dan bertukar-tukar soalan dengan rakan-rakan."
~~Anielson Mamin (10A), SM Sains Kuching, Sarawak

"Kejayaan cemerlang adalah berkat belajar secara berkumpulan dan tidak kedekut ilmu. Saya juga percaya tumpuan dalam kelas dan berbuat baik dengan guru serta rakan membantu kejayaan. Keberkatan itulah penyumbang utama."
~~Siti Hafizah Roslie (13A1), SM Agama Al-Irsyad, Pokok Sena, Kedah

"...tumpuan penuh semasa guru mengajar dan siapkan kerja rumah yang diberi kerana daripada situ kita akan sedar kelemahan kita dalam satu-satu matapelajaran. Selain itu saya sering solat hajat bersama ibu bapa dan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat bagi mengukuhkan ketahan mental dan daya ingatan."
~~Khairina Abdullah (14A1), SMK Sultan Sulaiman, Terengganu

"Mengulangkaji selama tiga jam setiap petang dan menyiapkan tugasan sekolah di sebelah malam membawa manfaat kepada saya. Keputusan 10A dalam peperiksaan percubaan mendorong saya untuk menggandakan usaha, terutama memberi tumpuan dalam kelas."
~~Bessima Jamal (13A1), SMK Lok Yuk, Likas, Sabah

So, fikir-fikirkan formula yang mereka gunakan. Untuk berjaya mesti ada caranya dan setiap kegagalan mesti ada puncanya...

Sampai jumpa lagi dengan tip-tip berguna daripada pelajar-pelajar yang lain pula...

2 comments:

AragangTandik said...

Tahniah atas kejayaan yang cemerlang, kepada yang kurang cemerlang jangan putus asa, cuba lagi dan lagi ada banyak jalan menuju kejayaan.

ace said...

Memang betul tu.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Yang penting semangat untuk berjaya. Teknik boleh...