30.1.09

sukan tara dan merentas desa

Pada 29.1.09, hari Khamis, telah berlangsung sukan tara antara rumah di padang sekolah. Antara acara yang dipertandingkan adalah lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Acara berjalan dengan lancar memandangkan cuaca yang begitu baik sekali pada hari tersebut.

Dalam pada itu, ada juga timbul rasa tidak puas hati dari segelintir guru rumah sukan yang mengatakan ada berlaku unsur tidak adil kerana ada rumah yang ahli-ahlinya ramai daripada rumah lain. Namun begitu, sukan tara berakhir dengan jayanya hari itu.

Pada 30.1.09, Jumaat pula berlangsung acara merentas desa yang dijalankan di jalan raya. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Cikgu Freddy yang menyentuh tenang laluan, peraturan dan juga aspek keselamatan ketika berlari di jalan raya. Polis trafik juga turut membantu guru-guru untuk memastikan keselematan pelajar terjamin.

Setelah acara tamat, semua pelajar dan guru berkumpul di dalam Dewan Nilam Sari untuk acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Puan Pahawana telah memberi ucapan aluan mewakili pengetua yang tidak dapat hadir pada pagi itu.

Penyampaian piala dan medal telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor. Walaupun pelajar penat menghabiskan larian mereka, terpancar di wajah mereka keriangan dan keseronokan pada majlis tersebut. Masing-masing telah memberikan sokongan padu kepada para pemenang yang mewakili rumah masing-masing.

Berikut adalah pemenang-pemenang bagi acara merentas desa;

Lekaki
Juara
Alfi [Beta]
Naib Juara
Budi [Alfa]
Ketiga
Fune [Beta]

Perempuan
Juara
Rafidah [Alfa]
Naib Juara
Hasdah [Sigma]
Ketiga
Jennifer [Alfa]

Tahniah kepada pelajar yang menang dan menerima piala dan medal. Syabas juga kepada mereka yang berjaya sampai ke garisan penamat walaupun tidak ada piala dan medal. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah memberikan komitmen yang jitu bagi memastikan acara merentas desa berjalan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga kepada pegawai-pegawai teknikal yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Teruskan usaha yang gigih anda...

Sukan tara dan merentas desa sudah berakhir tetapi sukan olahraga sedang menanti. Jumpa di Stadium Likas.

Teknik Likas boleh..



2 comments:

Anonymous said...

aik.. comel2 juga gambar yg berlari tu. kelas mana dorang ni? teda pun sa nampak di skul?

ace said...

budak2 taska dan tadika chung hwa.he..he... so, sapa2 yg ada gambar merentas desa tu, bole le upload