14.1.12

Sayonara

Salam 1M,

Setelah lama menjadi tempat rujukan, ruangan berkongsi ilmu dan maklumat, tempat memberi komen, maka sudah sampai masanya blog ini akan nenamatkan perkhidmatannya. Terasa sedih dan kesal apabila pengumuman ini dibuat. Ada beberapa sebab kenapa blog ini akan ditutup;

1. Perkhidmatan percuma shoutmix telah ditamatkan perkhidmatannya. Jika mau juga, perlu bayar.
2. Perkhidmatan slide.com juga ada mengenakan bayaran sekiranya mahu menggunakan perkhidmatan mereka. Slide.com akan menamatkan versi percuma hingga bulan Mac.
3. Setakat ini tidak ada orang yang sanggup mahu mengambil alih tugas untuk menguruskan blog ini.

Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca2 blog ini yang telah banyak memberi sokongan selama ini.

Walau bagaimanapun, ada juga khabar gembira untuk pembaca setia blog Teknik Likas ini. Tidak lama lagi segala maklumat dan aktiviti tentang SM Teknik Likas akan dihebahkan di facebook. Jadi, nantikan kemunculan facebook SM Teknik Likas.

Sampai jumpa lagi. Sayonara.




No comments: