24.12.11

Kemas kini borang permohonan masuk ke sekolah teknik/vokasional

Salam 1M,

Keputusan PMR baru saja diumumkan pada minggu ini. Jadi, anda boleh mengemaskini keputusan anda ketika mengisi borang permohonan sebelum ini. Bagi yang tidak sempat mengisi borang dahulu, jangan kecewa kerana anda masih berpeluang lagi untuk memohon masuk ke sekolah teknik/vokasional di Sabah. Anda boleh pergi terus ke sekolah teknik/vokasional yang berdekatan dengan kawasan anda. Jangan lupa bawa slip keputusan, salinan keputusan PMR, kad pengenalan dan salinan.

Selamat maju jaya.

No comments: