Menyusun lirik / ikrar
Membuat gelang kertas
Membuat gelang kertas
Hello
Pelajar-pelajar tingkatan 4 sudah mendaftar. Dalam seminggu pertama mereka berada di sekolah ini, mereka dilibatkan dengan berbagai aktiviti minggu jalinan mesra. Salah satu dari aktiviti-aktiviti itu ialah Explorace.
Dalam aktiviti Explorace ini, pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 15 orang pelajar. Beberapa stesen atau check-point telah diwujudkan di beberapa tempat di dalam kawasan sekolah. Setiap stesen ini menyediakan tugasan yang akan dilakukan oleh kumpulan pelajar tertentu.

Saya sendiri terlibat dalam Explorace ini dan menjaga Stesen 16 bersama dengan Cikgu Zulpata, dan dua orang Guru Pelatih Kaunseling iaitu Cikgu Rozita dan Cikgu Rosdiana.
Di stesen kami ini, pelajar harus menyiapkan tiga jenis tugasan berbeza iaitu menyusun lirik lagu patriotik, melontar dan menyambut belon yang berisi air, dan menggunakan kreativiti masing-masing untuk membuat gelang kertas dari sekeping kertas bersaiz A4, dan gelang ini haruslah dapat memuatkan 5 orang pelajar di dalamnya. Setiap tugasan harus disiapkan dalam masa 5-7 minit sahaja.
Dari pemerhatian saya, aktiviti ini sangat baik kerana dapat memupuk semagat kerjasama di kalangan pelajar, menanamkan rasa hormat-menghormati di antara pelajar senior dengan pelajar junior, dan kalau sayalah... it's fun ! Jadi hilang juga stress kan. Lucu juga melihat gelagat pelajar-pelajar sepanjang menjalankan aktiviti ini. O... ada muka kena sapu tepung bercampur serbuk kunyit sebagai hukuman hehehe.
Gambarfoto yang berjaya diambil saya masukkan dalam slide dan hanya gambarfoto dari stesen 16 saja dong...
Enjoy the slide...
1 comment:
wah..tentu seronok la pelajar2 tg.4 ni. semoga aktiviti ini dapat merapatkan persahabatan dan persefahaman di antara tg.4 dan tg.5.
welcome to teknik likas to all the form 4 students...
Post a Comment