Sambungan post semalam iaitu berkaitan dengan tip atau formula kejayaan dalam peperiksaan SPM 2008.
"Keazaman untuk mengatasi pencapaian abang saya yang mendapat 13A lima tahun lalu telah mendorong saya untuk menduduki 18 kertas, satu cabaran yang berjaya saya atasi. Abang saya telah menjadi inspirasi kepada saya. Penumpuan di dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah serta membuat penyemakan semula adalah asas kepada pencapaian saya."
~~Gerald William Lim (17A), SM Tshung Tsin, Kota Kinabalu
"Saya belajar lebih tetapi sentiasa membuatkan diri saya relaks. Saya juga relaks menonton televisyen dan bermain komputer, tetapi saya tidak bermain permainan komputer, cuba melayari internet. Saya juga tidak bergantung banyak kepada buku teks dalam persiapan untuk peperiksaan SPM."
~~Wong Chun Kit (15A), Kian Kok Middle School, Kota Kinabalu
"Menghadiri tuisyen telah banyak membantu saya mencapai kejayaan. Saya memberi fokus semasa guru mengajar agar tidak perlu melakukan ulangkaji di rumah."
~~Amnah Berdal (11A), SMK Tawau
Ada banyak lagi pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam SPM yang lalu. Kalau diamati betul-betul, hampir semua pelajar ini ada persamaan dari segi cara mereka belajar. Yang pasti tidak ada yang mengatakan mereka belajar di saat-saat akhir atau "last minute".
So, form 5 tahun ni, mulalah dari sekarang untuk menghadapi SPM 2009 supaya tahun depan membawa seribu harapan dan membuka beribu-ribu peluang untuk melanjutkan pelajaran..
Semoga sukses selalu...
No comments:
Post a Comment