22.3.09

Yang mana harus kupilih?

Keputusan SPM 2008 sudah pun diketahui. Jadi, sekarang masa untuk membuat keputusan samada mau sambung belajar atau bekerja atau...sendiri pikir la kan. Sudah besar ma dan boleh buat pilihan yang bijak. Kalau ndak pasti atau konpius lagi, jumpa la dengan kaunselor, Cikgu Borhan atau Cikgu Nani...

Baca-baca la surat kabar, majalah atau layari lah internet. Ada banyak info. tentang peluang studi dan kerja. Jgn asyik baca majalah mangga atau chatting saja.

Kalo masih buntu lagi, tinggalkan pesan di shoutmix. Mana la tau, ada pakar2 dari teknik yang boleh bagi buah fikiran...

17.3.09

On9



Hello...

I'm back. Sejak hari Jumaat lepas saya tidak dapat online. Petang tadi saya ke pejabat TM di Sadong Jaya buat aduan. Syukur, sekarang sudah dapat online semula... walaupun telefon masih belum berfungsi. Beberapa hari saya bosan habis tidak dapat buat apa2 di rumah hehehe... jadi nonton TV saja lah. Beberapa hari itu jugalah saya asyik tertidur depan TV sampai pagi hahahaha.

Ok, gambar2 mereka yang berjaya diambil semasa keputusan SPM 2008 dikeluarkan saya masukkan dalam slide berikut. Kalau tiada muka siapa suruh jual mahal...

Hm... masa keputusan dikeluarkan saya tidak dapat berjumpa dengan pelajar2 saya... pa buli buatla kan... terpaksa bertapa dalam bilik gerakan. Jadi kasi kamera ja sama sahabat saya Ace untuk ambil foto2 ni.


Ok la... SPM itu bukannya matlamat tapi hanyalkah satu permulaan sebenarnya. Kamu mesti terus berusaha lagi tuuuu.... Good luck to you all. Jumpa lagi di lain masa dan di mana-mana. Jan kamurang sumbunk2 arrr.... kekekeke.

SPM 2008


Dari kiri: Sherry Elya, Sherry Elsa, En. Abdul Hafidz Pg. Adnan,
Afif Ariffin, Mohd Imran Nordin, Lynn Noel .

Keputusan SPM 2008 telah diumumkan secara rasmi pada Khamis, 12.3.2009. Ramai pelajar telah datang untuk mengambil slip keputusan. Ada yang senyum lebar. Ada yang ketawa gembira. Tak kurang juga yang sedih dan selamba. Walau apapun keputusan anda, sedikit sebanyak telah menunjukkan usaha anda sepanjang tahun 2008. Bak kata orang putih, "what you reap is what you sow."

Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Teruskan usaha anda dalan bidang yang diceburi.

Daripada survey pagi tadi, berikut adalah pelajar-pelajar yang telah menunujukkan keputusan yang membanggakan.

1. Afif Ariffin (10A)
2. Sherry Elsa (10A)
3. Sherry Elya (9A, 1B)
4. Mohd. Imran(8A, 1B, 1C)
5. Nurul Syuhada (7A,1C)
6. Lynn Noel (7A, 1B, 1D)
7. Amira Ameer (6A, 3C, 1D)

Keputusan lengkap akan dikemaskini oleh rakan saya $en$ei dari masa ke masa. Tunggu saja gambar2 yang sempat dirakam untuk dilihat oleh seluruh warga teknik dan akan diupload kemudian. Sabar ye...

jumpa lagi...

16.3.09

Apa kata mereka (2)?

Hi,

Sambungan post semalam iaitu berkaitan dengan tip atau formula kejayaan dalam peperiksaan SPM 2008.

"Keazaman untuk mengatasi pencapaian abang saya yang mendapat 13A lima tahun lalu telah mendorong saya untuk menduduki 18 kertas, satu cabaran yang berjaya saya atasi. Abang saya telah menjadi inspirasi kepada saya. Penumpuan di dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah serta membuat penyemakan semula adalah asas kepada pencapaian saya."
~~Gerald William Lim (17A), SM Tshung Tsin, Kota Kinabalu

"Saya belajar lebih tetapi sentiasa membuatkan diri saya relaks. Saya juga relaks menonton televisyen dan bermain komputer, tetapi saya tidak bermain permainan komputer, cuba melayari internet. Saya juga tidak bergantung banyak kepada buku teks dalam persiapan untuk peperiksaan SPM."
~~Wong Chun Kit (15A), Kian Kok Middle School, Kota Kinabalu

"Menghadiri tuisyen telah banyak membantu saya mencapai kejayaan. Saya memberi fokus semasa guru mengajar agar tidak perlu melakukan ulangkaji di rumah."
~~Amnah Berdal (11A), SMK Tawau

Ada banyak lagi pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam SPM yang lalu. Kalau diamati betul-betul, hampir semua pelajar ini ada persamaan dari segi cara mereka belajar. Yang pasti tidak ada yang mengatakan mereka belajar di saat-saat akhir atau "last minute".

So, form 5 tahun ni, mulalah dari sekarang untuk menghadapi SPM 2009 supaya tahun depan membawa seribu harapan dan membuka beribu-ribu peluang untuk melanjutkan pelajaran..

Semoga sukses selalu...

15.3.09

Apa kata mereka?

Hi,

Lanjutan daripada keputusan SPM dan STPM minggu lalu, di sini ingin dikongsikan cara-cara beberapa pelajar cemerlang belajar untuk mencapai keputusan yang gempak.

"Saya mengulangkaji awal pagi setiap hari selepas sembahyang dan telah menjadi amalan saya sejak di sekolah rendah lagi. Saya beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas."
~~ Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal (20A), Sekolah Maahad Muhammadi (P), Kelantan

"Tumpuan sepenuhnya keitka berada di dalam kelas dan jika kurang jelas harus segera ditanya dengan guru yang mengajar. Sekiranya masih kurang faham, saya akan bertanya dengan rakan-rakan yang lain. Selepas belajar malam dari jam 7 hingga 10 malam, semua pelajar akan pulang ke asrama, saya akan terus belajar sehingga jam 12 malam.
Cara saya belajar bahasa Inggeris ialah banyak membaca akhbar, majalah dan novel manakala matematik pula perlu membuat latihan setiap hari dan bertukar-tukar soalan dengan rakan-rakan."
~~Anielson Mamin (10A), SM Sains Kuching, Sarawak

"Kejayaan cemerlang adalah berkat belajar secara berkumpulan dan tidak kedekut ilmu. Saya juga percaya tumpuan dalam kelas dan berbuat baik dengan guru serta rakan membantu kejayaan. Keberkatan itulah penyumbang utama."
~~Siti Hafizah Roslie (13A1), SM Agama Al-Irsyad, Pokok Sena, Kedah

"...tumpuan penuh semasa guru mengajar dan siapkan kerja rumah yang diberi kerana daripada situ kita akan sedar kelemahan kita dalam satu-satu matapelajaran. Selain itu saya sering solat hajat bersama ibu bapa dan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat bagi mengukuhkan ketahan mental dan daya ingatan."
~~Khairina Abdullah (14A1), SMK Sultan Sulaiman, Terengganu

"Mengulangkaji selama tiga jam setiap petang dan menyiapkan tugasan sekolah di sebelah malam membawa manfaat kepada saya. Keputusan 10A dalam peperiksaan percubaan mendorong saya untuk menggandakan usaha, terutama memberi tumpuan dalam kelas."
~~Bessima Jamal (13A1), SMK Lok Yuk, Likas, Sabah

So, fikir-fikirkan formula yang mereka gunakan. Untuk berjaya mesti ada caranya dan setiap kegagalan mesti ada puncanya...

Sampai jumpa lagi dengan tip-tip berguna daripada pelajar-pelajar yang lain pula...

9.3.09

robotik




Hi...

Tahun lepas sekolah menghantar dua pasukan ke National Robotic Competition di SJK Lok Yuk Likas. Satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan. Ada beberapa kategori yang dipertandingkan namun pasukan sekolah hanya mengambil bahagian dalam kategori Robot Planting sahaja memandangkan tidak cukup peralatan.

Dalam kategori robot planting ini 40 buah pasukan mengambil bahagian dari kalangan 20 buah sekolah. Pasukan lelaki berjaya mendapat tempat kelima. Tempat pertama hingga keempat disapu bersih oleh satu sekolah sahaja yang mendapat tajaan khas oleh syarikat pengeluar peralatan robotik.

Tahniah kepada 6 pelajar yang bertungkus lumus membuat robot dan programnya. Bagi saya anda sepatutnya boleh mendapat tempat kedua jika tidak kerana sekolah yang ditaja itu telah menghantar 4 pasukan dan kesemua pasukannya menduduki tempat teratas. Tiada kawalan langsung ke atas bilangan pasukan yang boleh dihantar oleh setiap sekolah.

Kepada Airon dan rakan2nya... gambar2 anda saya masukkan dalam slide ini. :)... O, ada gambar2 yg kabur laaa... hantam ja la kan. Airon, c tau kawan2 ko spy dorang buli copy ni gambar2. Bah, c ya all this thursday, mudah2an result kamu semua bagus.

8.3.09

Dead or Alive!!!

wat smua ex-form5 last year,siap sdia la korunk,hahahaha...xlma lg kuar result..
tp dun 4get lau korunk dpt mantap pnya result,jmpa dlu cigu kmu...jgn ambung arh...

7.3.09

mesyuarat

Mesyuarat Majlis Pengetua-pengetua Sabah telah diadakan di Bilik Gerakan pada 5.3.2009. Diharap segala cadangan dan idea dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan jayanya untuk manfaat pelajar-pelajar seluruh negeri Sabah.


5.3.09

renungan bersama

Post kali ini ringkas saja. Cuma untuk renungan bersama. Hari itu saya dan beberapa orang kawan telah bersembang di kantin sekolah dengan seorang sahabat yang baru dikenali. Ini kata-kata beliau;

"Jangan jadi orang susah, kerana kita akan menyusahkan orang lain. Jadilah orang senang kerana kita akan menyenangkan orang lain "

fikir-fikirkan...

3.3.09

English Oh English



hello...

nah... kesian murid tu tidak dapat jawab soalan yang senang sebab disoal dalam bahasa inggeris. mungkin kalau dalam bahasa melayu, bajau, atau kadazan cepat saja dia dapat jawabkan... hehehe.

saja gurau2 ni, bukan murid saja yang bermasalah, guru2 pun ada juga ooo...

1.3.09

Explorace

Tangkap belon berisi air


Menyusun lirik / ikrar


Membuat gelang kertas


Hello

Pelajar-pelajar tingkatan 4 sudah mendaftar. Dalam seminggu pertama mereka berada di sekolah ini, mereka dilibatkan dengan berbagai aktiviti minggu jalinan mesra. Salah satu dari aktiviti-aktiviti itu ialah Explorace.

Dalam aktiviti Explorace ini, pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 15 orang pelajar. Beberapa stesen atau check-point telah diwujudkan di beberapa tempat di dalam kawasan sekolah. Setiap stesen ini menyediakan tugasan yang akan dilakukan oleh kumpulan pelajar tertentu.

Saya sendiri terlibat dalam Explorace ini dan menjaga Stesen 16 bersama dengan Cikgu Zulpata, dan dua orang Guru Pelatih Kaunseling iaitu Cikgu Rozita dan Cikgu Rosdiana.

Di stesen kami ini, pelajar harus menyiapkan tiga jenis tugasan berbeza iaitu menyusun lirik lagu patriotik, melontar dan menyambut belon yang berisi air, dan menggunakan kreativiti masing-masing untuk membuat gelang kertas dari sekeping kertas bersaiz A4, dan gelang ini haruslah dapat memuatkan 5 orang pelajar di dalamnya. Setiap tugasan harus disiapkan dalam masa 5-7 minit sahaja.

Dari pemerhatian saya, aktiviti ini sangat baik kerana dapat memupuk semagat kerjasama di kalangan pelajar, menanamkan rasa hormat-menghormati di antara pelajar senior dengan pelajar junior, dan kalau sayalah... it's fun ! Jadi hilang juga stress kan. Lucu juga melihat gelagat pelajar-pelajar sepanjang menjalankan aktiviti ini. O... ada muka kena sapu tepung bercampur serbuk kunyit sebagai hukuman hehehe.

Gambarfoto yang berjaya diambil saya masukkan dalam slide dan hanya gambarfoto dari stesen 16 saja dong...


Enjoy the slide...