27.1.09

gerhana matahari separa

Mungkin ada di antara kita tidak menyedari bahawa gerhana matahari separa berlaku pada 27.1.09 yang bermula pukul 4.30 petang dan tamat pada 7.00 petang. Almaklumlah kan, sibuk beraya ke rumah kawan -kawan sempena Tahun Baru Cina.

Kita di Kota Kinabalu tidak berpeluang menyaksikan fenomena alam itu sepenuhnya sebab cuaca di bandaraya semalam agak mendung.Rakan-rakan kita di K.L amat beruntung kerana dapat menyaksikan peristiwa bersejarah itu dengan sepenuhnya.

Menurut pakar, gerhana matahari terjadi apabila bulan yang sedang mengelilingi bumi berada di kedudukan bersetentang dengan bumi serta matahari dan bayangannya terkena pada bumi.

Bumi matahari separa hanya berlaku ketika bulan baru kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Kali terakhir gerhana seupamanya dilihat di negara kita pada 2002 dan dijangka berlaku lagi pada 15 Januari 2010.

Pastikan kita tidak terlepas kali ini....

No comments: