30.1.09

sukan tara dan merentas desa

Pada 29.1.09, hari Khamis, telah berlangsung sukan tara antara rumah di padang sekolah. Antara acara yang dipertandingkan adalah lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Acara berjalan dengan lancar memandangkan cuaca yang begitu baik sekali pada hari tersebut.

Dalam pada itu, ada juga timbul rasa tidak puas hati dari segelintir guru rumah sukan yang mengatakan ada berlaku unsur tidak adil kerana ada rumah yang ahli-ahlinya ramai daripada rumah lain. Namun begitu, sukan tara berakhir dengan jayanya hari itu.

Pada 30.1.09, Jumaat pula berlangsung acara merentas desa yang dijalankan di jalan raya. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Cikgu Freddy yang menyentuh tenang laluan, peraturan dan juga aspek keselamatan ketika berlari di jalan raya. Polis trafik juga turut membantu guru-guru untuk memastikan keselematan pelajar terjamin.

Setelah acara tamat, semua pelajar dan guru berkumpul di dalam Dewan Nilam Sari untuk acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Puan Pahawana telah memberi ucapan aluan mewakili pengetua yang tidak dapat hadir pada pagi itu.

Penyampaian piala dan medal telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor. Walaupun pelajar penat menghabiskan larian mereka, terpancar di wajah mereka keriangan dan keseronokan pada majlis tersebut. Masing-masing telah memberikan sokongan padu kepada para pemenang yang mewakili rumah masing-masing.

Berikut adalah pemenang-pemenang bagi acara merentas desa;

Lekaki
Juara
Alfi [Beta]
Naib Juara
Budi [Alfa]
Ketiga
Fune [Beta]

Perempuan
Juara
Rafidah [Alfa]
Naib Juara
Hasdah [Sigma]
Ketiga
Jennifer [Alfa]

Tahniah kepada pelajar yang menang dan menerima piala dan medal. Syabas juga kepada mereka yang berjaya sampai ke garisan penamat walaupun tidak ada piala dan medal. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah memberikan komitmen yang jitu bagi memastikan acara merentas desa berjalan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga kepada pegawai-pegawai teknikal yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Teruskan usaha yang gigih anda...

Sukan tara dan merentas desa sudah berakhir tetapi sukan olahraga sedang menanti. Jumpa di Stadium Likas.

Teknik Likas boleh..



27.1.09

gerhana matahari separa

Mungkin ada di antara kita tidak menyedari bahawa gerhana matahari separa berlaku pada 27.1.09 yang bermula pukul 4.30 petang dan tamat pada 7.00 petang. Almaklumlah kan, sibuk beraya ke rumah kawan -kawan sempena Tahun Baru Cina.

Kita di Kota Kinabalu tidak berpeluang menyaksikan fenomena alam itu sepenuhnya sebab cuaca di bandaraya semalam agak mendung.Rakan-rakan kita di K.L amat beruntung kerana dapat menyaksikan peristiwa bersejarah itu dengan sepenuhnya.

Menurut pakar, gerhana matahari terjadi apabila bulan yang sedang mengelilingi bumi berada di kedudukan bersetentang dengan bumi serta matahari dan bayangannya terkena pada bumi.

Bumi matahari separa hanya berlaku ketika bulan baru kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Kali terakhir gerhana seupamanya dilihat di negara kita pada 2002 dan dijangka berlaku lagi pada 15 Januari 2010.

Pastikan kita tidak terlepas kali ini....

22.1.09

hujan laaagi...

Hari ini adalah hari terakhir untuk latihan rumah sukan. Dari 4 hari latihan, 2 hari jogging di tasik, 2 hari latihan acara padang. Malangnya setiap kali giliran untuk latihan acara padang, hujan turun. Apa lagi, lepak di bawah flat guru laaa... hehehe.

Atlit untuk acara padang belum lagi dipiling ni... hm... Tak apa, masih ada strategi untuk mengatasinya. Siapalah agaknya juara sukan kali ini arrr?

Nah, foto2 yg berjaya saya "katik" ada dlm slideshow. Ingat mau buat candid, tapi inda dpt la. Kamera ni kici ja, jadi teroaksa dakat2 mengambil, jadi kadapatan. Bukan jadi candid, tapi berabis pula dorang dlm gambar tu begaya... ish ish ishhh...

20.1.09

Selamat Datang

SM Teknik Likas mengalu-alukan kedatangan dua orang guru pelatih dari UNITAR iaitu Cik Lora Intang dan Nyra Amy Richel. Cik Nyra sebenarnya bekas pelajar di sekolah ini pada tahun 2002. Cik Nyra mengajar Matematik, dan Cik Lora mengajar Sejarah.

Bah... gunakanlah masa yang ada ini untuk memperlengkapkan diri dengan segala ilmu-ilmu mendidik yang tidak boleh dipelajari di maktab. Teori lain, praktikal lain tau... heheh.

jogging di tasik kompleks sukan likas...

helo...

heehe, hari ini start suda latihan rumah-rumah sukan.
rumah beta dan rumah delta hari ini berlatih di tasik kompleks sukan likas, persediaan untuk merentas desa. hmmm, macam inda sesuai istilah merestas desa ni, mungkin merentas kota lebih ngam.

ok... lihat lah slide, mana tau ada muka kamurang sana kan. ni baru belajar pigang kemra bah...

O... komon Beta Beta Beta.............. Beta bakal JUARA hehehe...

Ketua Rumah Beta: Cikgu Halsiaty
Ketua Jurulatih : Cikgu Zulpata

19.1.09

meeting oh meeting

Hari ini memang hari yang sibuk bagi warga teknik likas kerana penuh dengan aktiviti. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah;

1. Mesyuarat Kelab Staf 2009
2. Mesyuarat Panitia Bahasa
3. Mesyuarat JK Ko-Kurikulum sekolah
4. Peperiksaan Excel anjuran JPNS
5. Latihan rumah sukan

Mungkin ada lagi aktiviti yang berlangsung tanpa diketahui. Oleh kerana jadual guru-guru sudah padat, ada mesyuarat terpaksa ditunda. Mesyuarat memang penting untuk membuat keputusan dan seterusya melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan. Apa yang diharapkan agar setiap mesyuarat yang diadakan akan membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada sekolah, guru-guru dan juga pelajar.

Entah mesyuarat apa lagi yang akan diadakan pada minggu ini!!! Sama-sama kita tunggu...

Pemilihan Catur 2009








Hi, pada 17hb Jan 2009, iaitu hari sabtu baru2 ni, pemilihan pemain catur untuk mewakili sekolah telah dijalankan. Seramai 16 peserta mengambil bahagian, termasuklah tiga pseserta perempuan. Keputusannya:-

Johan: Nazirrul

N. Johan: Fernandez

Ketiga: Mohd. Nizar

Keempat: Muhd Sahrizam

Kelima: Thomas

17.1.09

welcome

Selamat Datang diucapkan kepada 2 orang guru baru. Mereka adalah Cigku Azhar Borhan dan Ustaz Hazwazie Ismail. Diharapkan dengan kedatangan mereka ini akan dapat membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran masing-masing.

Tak lupa juga selamat menjalani latihan ilmiah kepada 2 orang kaunselor dari UNITAR. Mereka adalah Cikgu Rozita dan Cikgu Rosdiana. Sekiranya pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam bidang akademik, ko-kurikulum, masalah peribadi dan lain-lain, buatlah temujanji dan berbincang dengan mereka supaya masalah anda dapat diatasi.

Semoga dengan kehadiran mereka ini, Teknik Likas akan bertambah maju dan menunjukkan prestasi cemerlang.

ceria selalu...

5 PKA 3

Ish ish iiiissshhh...

Sepanjang minggu ini kelas aku terbatal kerana ada perhimpunan setiap pagi dan kelas aku pula semua mula jam 7.00 pagi. Hari ini, akhirnya pun bersemangat untuk masuk kelas aku. apa lagi, kelas yang popular nakal. 5 PKA 3 hehe. Bila sudah sampai tingkat dua, baru aku ingat rupanya kelas 5 PKA 3 ini sudah dirombak. Kelas 5 PKA 3 sekarang adalah kelas Elit. Nampaknya aku akan mengajar murid2 terpilih la ni... hmmm.

Masa aku ke kelas asal 5 PKA 3, sedih juga aku tengok air muka dorang yang bakal aku nda ajar lagi. Jadi aku pun ucap babai sama dorang. Hapy juga aku tinguk si Caroline ni kasi abai balik... macam dia saja yg respon kekeke. Peliknya selama ini di kelas dia senyaaap ja, mungkin pasal aku garang. Yang selalu bising pula yang kali ini diaammm saja.

Hmmm... kepada murid2 dari 5 PKA 3 yang asal, saya tetap ingat kamu semua. Banyak yang kena rotan heheh, tapi anggap lah itu pengalaman berharga ya, dan sebagai pengajaran. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya cerah masa depan. Saya tidak membenci sesiapa pun di kalangan kamu bah...

Yang pernah aku rotan tu... hm, jangan lah salah faham ya. :)
Bah, ngantuk la, esok mau buat pemilihan catur pulak. Jumpa di saaaanaaa...

16.1.09

Mesyuarat AJK PIBG Ke-1

Mesyuarat AJK PIBG yang pertama telah diadakan pada hari ini,Jumaat, jam 2.30 petang di bilik gerakan dan berakhir kira-kira jam 4 petang. Perkara utama yang dibincangkan adalah tentang bayaran-bayaran tambahan kepada pelajar Tg. 4 dan 5 bagi sesi 2009. Usul bayaran tambahan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG pada bulan Februari depan untuk mendapat persetujuan daripada ahli-ahli.

Antara bayaran-bayaran yang dicadangkan dan dibincangkan adalah;

1. Majalah sekolah
2. PIBG
3. Pendaftaran asrama
4. Cagaran asrama
5. Keperluan koperasi
6. Keperluan asrama
7. SKM

Oleh kerana isu bayaran ini amat sensitif, maka semua cadangan akan dikemukan pada mesyuarat agung PIBG nanti untuk diperhalusi agar dapat dipersetujui oleh semua ahli yang akan hadir untuk mengelak sebarang kontroversi pada masa akan datang.

Namun dalam menentukan bayaran-bayaran tambahan, AJK PIBG juga sedar tentang tanggungan ibubapa yang mempunyai anak yang ramai bersekolah. Pihak sekolah tidak mahu membebankan ibubapa yang akan mendaftarkan anak-anak mereka kelak.

Realitinya, kita kena terima hakikat bahawa tidak ada istilah 'free' di dunia ini. Dalam memajukan anak-anak, kita kena berkorban dari segi wang dan tenaga supaya generasi muda yang berilmu akan meneruskan legasi kita.

Segala pandangan adalah dialu-alukan untuk manfaat anak-anak kita bersama.

sekian.

ah

mesyuarat rumah sukan

Hari ini mesyuarat rumah sukan diadakan bersama guru-guru dan pelajar-pelajar mengikut rumah masing-masing. Antara perkara yang dibincangkan adalah;

1. Pemilihan ketua rumah sukan dan AJK tertinggi di kalangan pelajar
2. Penetapan bayaran tambahan untuk menampung kos seperti makan dan minum semasa
menjalankan latihan sukan.
3. Penerangan ringkas mengenai sukan tara, merentas desa dan juga sukan tahunan sekolah
4. Memperkenalkan guru-guru rumah kepada pelajar-pelajar

Akhir kata, "Majulah Sukan untuk Negara"


ah

sayonara

Warga Teknik Likas mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada Cikgu Zuli Suraya yang akan berpindah ke Terengganu.Sesungguhnya kami akan merindui cikgu. Untuk itu, kami hulurkan 2 rangkap pantun khas buat cikgu tersayang.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Bolah kita menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita berjumpa lagi

All the best

ah

15.1.09

Genius Matematik



Nama budak ini ialah Adiputra. Kalau ada anak betul atau anak murid macam dia ni camna la agaknya ya? Apa perkembangan dia sekarang? Kalau syarat untuk masuk ke sekolah teknik ditingkatkatkan supaya budak2 seperti Adi ini saja yang layak camna? Heheh...

14.1.09

Mesyuarat Unit Penilaian & Peperiksaan

Mesyuarat telah dilaksanakan pada 13-01-2009 di bilik gerakan. Di pengerusikan oleh PK1 Pn. Pahawana. S/U Peperiksaan yang baru ialah Ustazah Norainih, menggantikan Pn. Hajah Hairani.

En. Roslee Kee mencadangkan rombakan dalam organisasi unit ini iaitu, beliau bukan lagi sebagai Penolong S/U SPM, tetapi di dalam satu subunit baru dinamakan sebagai Data & Analisa Peperiksaan. Seterusnya beliau juga menawarkan untuk mewujudkan perkhidmatan mendapatkan keputusan ujian-ujian dan peperiksaan dalaman sekolah melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Jika cadangan ini diluluskan oleh pentadbiran sekolah, maknanya ibubapa dan sesiapa sahaja boleh menerima keputusan ujian/peperiksaan melalui telefon bimbit mereka.

Mesyuarat Kokum 2009

Mesyuarat ko-kurikulum guru-guru 14 Jan 2009, 2pm Bilik Gerakan ...

semoga guru-guru anda dapat persetujuan bersama dalam menjayakan kegiatan ko-kum di sekolahn kita ...yes..yes

kepada wakil sekolah yang telah berlatih minggu ini untuk kejohanan peringkat bahagian we all ucapkan kan semoga berjaya.harumkan nama sekolah ..kita ok...!!!

dan satu lagiii ...tahun ini kita akan bersukan sesama tingkatan 5 sahaja ...tentunya kita akan merasakan kelainan pada tahun ini....selamat mananti kelaianannya.....!!!!chow

11.1.09

Selamat Datang

Salam,

Selamat datang ke blog SM Teknik Likas. Menerusi blog ini anda boleh mendapatkan beberapa maklumat yang berkaitan dengan SM Teknik Likas. Di samping itu blog ini juga menjadi salah satu saluran alternatif bagi pihak luar untuk mengenali SM Teknik Likas dengan lebih baik lagi.

Blog ini akan dikemas-kini supaya kandungannya sentiasa relevan dengan situasi semasa.

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini, dan jumpa lagi.