26.2.10

Sayonara Cikgu Noorwainie

Warga SM Teknik LIkas mengucapkan selamat berpindah dan bertugas di tempat baru iaitu IP Gaya, Kota Kinabalu. Sekolah akan kehilangan seorang cikgu yang cukup komited dengan kerja beliau dalam ko-kurikulum dan kurikulum. Seorang guru yang tegas tetapi baik hati, mesra dan mudah dibawa berbincang dalam tugasan dan kerja2 sekolah. Semoga cikgu akan terus berkhidmat dengan cemerlang di IP Gaya.


Ucapan perpisahan oleh Cikgu Noorwainie
Menerima hadiah drpd Cikgu Pausin

Menerima hadiah drpa Cikgu Kala

Menerima hadiah drpd Cikgu Nani Chan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sayonara cikgu...sehingga kita berjumpa lagi...
Walaupun jauh di mata tetapi cikgu akan sentiasa dekat di hati kami ...

20.2.10

Tahniah diucapkan kpd Cikgu Rozzainy Sham krn mendpt cahaya mata baru ( baby boy).


Minggu depan, 25 Februari 2010, keputusan STPM akan diumumkan. Kpd semua calon STPM 2009, semoga beroleh kejayaan yg cemerlang.


See you all next week...

17.2.10

Orang-orang terkaya di Malaysia

‘Sugar King’ is the richest'



KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, the Kuok Group patriarch who relinquished his “Sugar King” crown last year, still tops the list of 40 richest people in Malaysia, followed by telecommunication tycoon Tan Sri Ananda Krishnan.

Collectively, the country’s 40 richest people recorded an increase in their fortunes totalling RM156.7bil as at Jan 15, or 63% more than the RM96.3bil a year ago, on the back of a recovery in the stock market, a Malaysian Business survey reveals.

However, according to the fortnightly magazine’s survey results released in a statement yesterday, their combined wealth was still less than the RM171.9bil recorded in 2008.

The benchmark FBM KLCI rose 44.3% since its last survey as the world strives to get back on its feet following the global financial crisis.

The full list of the 40 tycoons and details of their wealth are published in the magazine’s Feb 16 issue.

As in the previous year, the wealth of the Top 40 was assessed based on the value of their stakes in listed companies as at Jan 15 this year.

The survey also revealed that close to half on this year’s list recorded jumps of 50% or more. There are also more billionaires — 22, eight more than last year.

Media-shy and telecommunication tycoon Ananda Krishnan ranked second, clocking in at RM27bil.

IOI Corporation Bhd’s Tan Sri Lee Shin Chen was third with RM11.92bil, followed by prominent banker Tan Sri Teh Hong Piow at RM10.86bil.

Genting Group’s Tan Sri Lim Kok Thay, valued at RM10.38bil, leapt a full 10 spots to No. 5. This was because he assumed a large chunk of the wealth of his late father, Tan Sri Lim Goh Tong.

Hong Leong Group’s Tan Sri Quek Leng Chan took the sixth spot at RM7.09bil while Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary of the Albukhary Foundation, valued at RM6.01bil, was seventh.

Others in the Top 10 ranking were Lim Goh Tong’s widow Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King of Rimbunan Hijau Group and Tan Sri Vincent Tan of Berjaya Group.

There were five newcomers in the list — Lee Swee Eng of the KNM Group, brothers Datuk Shahril Shamsuddin and Shahriman of Sapura, Datuk Seri Nazir Razak of CIMB Group and OSK Holdings’ Ong Leong Huat, who makes a comeback to the list after a one-year absence. — Bernama



Berita di atas adalah untuk renungan pembaca semua supaya kita sedar diri kita dan berusaha untuk lebih berjaya dalam karier masing-masing.



Tidak salah menjadi kaya asalkan kita bantu orang yang susah.


Teringat kata2 penceramah semasa saya berkursus dulu. Katanya, "Jangan jadi orang susah sebab kita akan menyusahkan orang lain. Jadilah orang senang kerana kita akan menyenangkan orang lain."



Fikir2kan lah...



15.2.10

Sukan Tahunan Hari-2

13.2.10

Gong Xi Fa Chai



Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pembaca blog ini. Semoga tahun harimau memberi semangat untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Jangan lupa untuk menikmati makanan yang disajikan semasa open house kelak, terutama sekali cup-cakes..

Enjoy the holidays...


12.2.10

10.2.10

Pengambilan kedua Tg. 4

Salam 1 Malaysia,

Tawaran untuk ambilan kedua masih dibuka sehingga hujung bulan Februari ni. Kepada yang layak, sila buat rayuan di pejabat sekolah atau berhubung terus dengan Penolong Kanan HEM untuk mendapat maklumat yang lengkap.

Tawaran untuk kursus kejuruteraan masih banyak lagi. Bagi yang mendapat gred E untuk semua mata pelajaran dalam PMR, kami memohon maaf sebab anda memang tidak layak utk memohon. Bagi yang mendapat D atau E utk matematik, anda juga tidak layak.

Kursus2 teknik adalah (PKA)-kejuruteraan awam, (PKEE)-kejuruteraan elektrik/elektronik, (PKM)-kejuruteraan mekanikal dan juga (PD)-kursus perdagangan.

Kursus2 vokasional pula adalah (AUTO)-automatif, (EK/EL)-lektrik/elektronik, (BB)-binaan bangunan, (KFL)-kimpalan, (PPU)-aircon, (PPN)-pengurusan perniagaan dan (PTP)-pengurusan teknologi pejabat.

SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) terdiri daripada (SKM-PPU) -aircon dan juga (SKM-EL)-elektrik.

Sekiranya anda berminat utk memasuki sekolah teknik likas, telefon pejabat sekolah dan nyatakan keputusan PMR anda supaya anda dapat tahu sama ada anda layak ataupun tidak. Ini kerana kelayakan bagi setiap kursus yg dipohon ada berbeza.

Utk memudahkan anda, berikut adalah nombor telefon pejabat sekolah; 088-423742 dan 088-427834. Sila telefon pada waktu pejabat.

Kepada pembaca blog ini, sila sebarkan maklumat ini kepada rakan2, sahabat2, adik-beradik, sepupu dan kpd yg berminat...

semoga anda berjaya...



8.2.10

Sukantara- Part 2

Ini la bahagian ke-2 aksi2 mantap pada hari sukantara yang lalu.

7.2.10

Sukan Tara 2010-Part 1



Ini adalah aksi2 yg sempat dirakamkan pada hari sukantara sekolah 2010. Ada lagi gambar2 yang belum sempat diuploadkan..Sabar ya...

6.2.10

1.2.10

Suasana Pendaftaran Tingkatan 4 pada 30.01.10

Selamat bertugas di tempat baru




Warga Teknik Likas mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Farid Othman dan Cikgu Rozita Muslim kerana telah menyumbangkan khidmat mereka di sekolah ini. Kita mendoakan agar mereka terus berkhidmat dengan cemerlang di tempat yang baru.

Cikgu Farid berpindah ke Jabatan Pelajaran Sabah sementara Cikgu Rozita berpindah ke Batu Pahat, Johor.

Dua rangkap pantun untuk mereka berdua;

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Bolah kita menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita berjumpa lagi

All the best!! Sayonara..bye-bye..selamat jalan..von voyage..adios..hasta la vista..chau..