20.12.10

AKADEMI LAUT MALAYSIA

Peluang kpd pelajar2 spm/stpm utk memohon mengikuti kursus 3 tahun di Malaysian Maritime Academy (ALAM).

Entry Requirements:
- permohonan berdasarkn keputusan percubaan SPM 2010
- single, lelaki/ perempuan, umur tdk lebih 23 thn pada 13 Julai 2011
- keputusan minima mestilah kepujian dalam BM,BI,Math/Add. Math dan Fizik
- sihat tubuh badan
- ketinggian minima utk lelaki adalah 158 sm/ berat badan 48kg
- ketinggian minima utk perempuan adalah 155sm/42kg
- penglihatan normal utk navigating officer cadet
- dgn bantuan penglihatan tdk melebihi 200 utk marine engineering officer cadet
- mesti lulus proses temuduga

Untuk keterangan lanjut sila layari www.alam.edu.my dan tarikh akhir permohonan adalah sebelum 9 Januari 2011.

Selamat memohon dan semoga berjaya.

25.11.10

The Art of Thanksgiving


The art of Thanksgiving is gratitude in action.

It is giving thanks for the gift of life

by living it triumphantly.

It is giving thanks for your talents and abilities

by accepting them as obligations to be invested for the common good.


It is giving thanks for happiness

by striving to make others happy.


It is giving thanks for beauty

by helping to make the world more beautiful.


It is giving thanks for inspiration

by trying to be an inspiration to others.


It is giving thanks for opportunities

by accepting them a challenge to achievement.


It is giving thanks for the creative ideas that enrich life

by adding your own creative contributions to human progress.


It is giving thanks for each new day

by living it to the fullest.


It is adding to your prayers of thanksgiving, acts of Thanksgiving.


--- Author Unknown

23.11.10

SPM & STPM


Selamat maju jaya kepada semua pelajar Tg. 5 dan Tg.6 yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2010. Buat lah yang terbaik untuk diri sendiri, sekolah, ibu bapa, bangsa, negara, boyfriend, girlfriend, sahabat, saudara mara dsb nya...

You all are the best, so be the best..

22.11.10

Jamuah akhir tahun

Saksikan sedikit rakaman semasa jamuan akhir tahun. Tidak semua dpt dirakamkan kerana cameraman hanya sempat pergi 5 kelas jak. Lagipun segan ba mau pergi kelas lain tu sbb tiada jemputan...hahaha


26.10.10

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN TEKNIK 2011

Permohonan telah dibuka kepada semua pelajar yang telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010. Pemohon boleh memohon secara talian, http://apps.moe.gov.my/esptv/2010/ atau datang sendiri ke pejabat sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus2 yg ditawarkan di SM Teknik Likas.

Ba..apa lagi. Rebut la peluang ini. Kpd pembaca2 blog ini, sebarkan berita baik ini kpd adik beradik, sepupu, kwn2 dan kenalan.

Sesi kemasukan akan bermula awal tahun depan.

Selamat maju jaya.




8.10.10

Peruntukan pendidikan vokasional

Muhyiddin tak puas hati cadangan dalam Bajet 2011

SYDNEY: Permohonan jumlah peruntukan bagi pendidikan vokasional dalam Bajet 2011 perlu ditambah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional di Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak berpuas hati dengan jumlah peruntukan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran dalam cadangan bajet bagi kementerian itu.

“Saya sudah diberi taklimat mengenai apa yang kita rancangkan bagi tempoh dua tahun (program menstruktur semula pendidikan vokasional) mengikut bajet yang dicadangkan.

“Namun, saya sudah mengarahkan supaya perubahan besar dibuat. Saya tidak berapa gembira dengan cara bajet (bagi sektor pendidikan vokasional dicadangkan) kerana jumlah itu nampaknya tidak memadai,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas melawat institusi pendidikan teknikal dan vokasional terulung di Australia, TAFE NSW, Northern Sydney Institute di kampus Ultimo, Mary Ann St, di sini, semalam.

Turut hadir dalam lawatan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung dan Pengarah TAFE NSW, Northern Sydney Institute, David Riordan.
Timbalan Perdana Menteri dalam rangka lawatan lima hari ke bandar raya ini dan Melbourne. TAFE NSW menawarkan lebih 800 kursus teknikal dan kemahiran dengan purata kemasukan lebih 76,000 pelajar setahun.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, strategi dalam pelan transformasi pendidikan vokasional perlu segera digerakkan kerana keadaan ketika ini dianggap kritikal.

“Saya sedang menunggu laporan komprehensif dari Bahagian Teknikal dan Vokasional kementerian yang dijangka siap bulan depan. Sebaik diteliti, kita akan melihat di mana pencapaian kita sekarang dan langkah susulan yang perlu diambil,” katanya.

Beliau berkata, antara aspek yang dikaji termasuk meningkatkan kerjasama antara sektor swasta dan industri dalam melahirkan pelatih yang diperlukan sektor perindustrian selain memulakan pengajian vokasional di peringkat sekolah rendah.

Mengenai lawatannya ke TAFE NSW, Northern Sydney Institute, Muhyiddin berkata, kerajaan berminat menjalinkan kerjasama dengan institusi kemahiran itu bagi melahirkan modal insan dinamik selain berkongsi kepakaran dalam pembangunan kurikulum dan sebagainya.

Sementara itu, Riordan berkata, pihaknya berminat menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelajaran termasuk mengenal pasti model berkesan yang boleh diikuti Malaysia dalam menstruktur semula pendidikan vokasional di negara ini.

sumber: Berita Harian

6.9.10

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya

Selamat bercuti kpd semua warga teknik likas.

Hari kemerdekaan kita baru saja berlalu dgn tema "1 Malaysia Menjana Tranformasi". Tema yg amat sesuai utk semua rakyat. Adakah kita sudah betul2 merdeka? Firkir2kan? Adakah kita akan mencapai 1Malaysia? Mungkin di Sabah dan Sarawak, konsep itu tidak asing lagi. Kwn2 d semenanjung, bagaimana pula?

Cuti sekolah sudah bermula. Bagi pelajar2, guru2, kakitangan pjbt, sahabat2 yang menyambut hari raya, ini lah masa yg paling sibuk utk membuat persiapan. Bagi yg balik kampung, berhati2 di jalanraya. Yang menggunakan bot, gunakan jaket keselamatan. Semoga semua sampai ke destinasi dengan penuh kegembiraan dan balik ke sklh juga dengan senyuman. Walau bagaimanapun, cuti ni bkn setakat beraya dan berziarah krna selepas cuti ada peperiksaan sedang menanti anda. Ingat raya, ingat juga buku2.

Kpd yg tdk merayakan hari raya, kunjungi lah rumah rakan2 agar semangat perpaduan dpt dieratkan agar kita dpt hidup dgn penuh harmoni..

sampai jumpa lagi...


29.8.10

Keropok Ikan Sira Mas Madu


Diimpot dari Kelantan untuk pasaran Sabah. Rasanya memang sangat sedap dan berbaloi dengan ringgit anda. Harga untuk satu bungkus adalah RM2.50. Tapi kalau beli lebih drpd 50 bungkus, diskaun boleh diberikan. Mudah dibawa ke mana-mana saja. Tahan lama. Boleh disajikan utk sarapan, minum petang, kenduri harijadi dan mcm2 lagi lah. Sesuai utk semua golongan. Menjadi kegemaran pelajar2 dan juga org awam. Kpd yg belum merasa, sila cal atau sms 016-8316169.

23.6.10

Happy Father's Day

What Makes a Dad?
God took the strength of a mountain,
The majesty of a tree,
The warmth of a summer sun,
The calm of a quiet sea,
The generous soul of nature,
The comforting arm of night,
The wisdom of the ages,
The power of the eagles in flight,
The joy of a morning in spring,
The faith of a mustard seed,
The patience of eternity,
The depth of a family need,
Then God combined these qualities,
And there was nothing more to add,
He knew his masterpiece was complete,
And He called it – Dad.

Author unknown

18.6.10

40,506 ditawar tempat pengajian IPTA

PUTRAJAYA 17 Jun – Seramai 40,506 daripada 61,228 pemohon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi ditawarkan mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011.

Keputusan itu menunjukkan sebanyak 82.3 peratus daripada 49,234 pemohon yang mencapai kelayakan minimum diberi tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, daripada jumlah itu, 28,663 orang atau 70.7 peratus adalah bumiputera, 9,569 (23.6 peratus) calon Cina dan 2,304 (5.7 peratus) calon India serta lain-lain.

Menurutnya, seramai 22,967 (56.7 peratus) adalah calon aliran sains manakala 17,539 (43.3 peratus) merupakan calon sastera.

Kata beliau, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM dan setaraf boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari esok (18 Jun) melalui laman web http://jpt.uum.edu.my, http://www.jpt.utm.my dan http://upu.mohe.gov.my.

Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA juga boleh disemak melalui hotline (03-88835858), helpline (03-88835848) atau sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan.

Radin Umar berkata, semua IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 19 Jun dan calon perlu mengesahkan penerimaan tawaran sebelum 24 Jun melalui laman web IPTA berkenaan.

Katanya, calon yang gagal menerima tawaran pula boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-rayuan melalui http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.

‘‘Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA.

‘‘Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 31 Julai 2010, maka rayuan mereka dianggap gagal,” katanya.

Beliau berkata, semua pemohon yang mendapat keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 berjaya memasuki IPTA tetapi bukan semua daripada mereka ditawarkan pilihan pertama.

‘‘Keputusan tawaran juga bergantung kepada 10 peratus markah kokurikulum. Pemohon yang bagus mungkin tidak mendapat tawaran untuk kursus pilihan pertama mereka sekiranya mereka memohon kursus kompetitif di universiti yang terletak di Lembah Klang.

‘‘Terdapat 2,088 pemohon yang mendapat keputusan PNGK 4.00 dan 404 orang telah ditawarkan tempat di Universiti Sains Malaysia dan bakinya ke universiti lain,” katanya.

sumber: utusan malaysia-18.6.2010

Ibu bapa tuntut layanan istimewa

INSTITUSI pendidikan di negara maju kini berdepan krisis serius apabila ramai pihak terutama ibu bapa mula mempertikaikan kemampuan guru dan institusi pendidikan mendidik anak mereka.


PERLU BERSEDIA...graduan yang mengambil keputusan menjadi pendidik harus bersedia menghadapi pelbagai tekanan dalam dunia kerjaya.

CUBA FAHAMI...ibu bapa perlu bersikap rasional dan cuba memahami masalah dihadapi guru serta anak di sekolah.

Soal keupayaan dan kelayakan turut dipersoal sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap kerjaya golongan itu yang sebelum ini dianggap terhormat di kalangan masyarakat.


Meskipun mereka cuba mempertahankan pendirian dengan menyatakan masih mampu memberi perkhidmatan terbaik, kebanyakan ibu bapa dan masyarakat tetap tidak berpuas hati dan menganggapnya sebagai janji kosong.


"Bagaimana kami mahu percaya sedangkan anak-anak merungut guru di kelas kurang beri perhatian, tidak menyemak buku dan gemar menghabiskan masa menyelesaikan masalah peribadi? "Perlukah kami percaya kata-kata mereka?" kata seorang ibu yang berang apabila anaknya yang berusia 12 tahun menceritakan keadaan yang berlaku di sekolah.


Krisis pendidikan itu bukan saja disebabkan rasa tidak puas hati kepada guru malah kemudahan di sekolah berat sebelah terutama kepada golongan kurang berkemampuan. Bagaimanapun, kekalutan dan ketegangan itu ditangkis sebahagian pakar pendidikan yang menganggap ibu bapa terlalu menuntut layanan istimewa daripada institusi pendidikan.


Mereka menganggap guru terlalu dibebankan dengan tanggungjawab lain namun tiada siapa prihatin sebaliknya hanya tahu membuat tuduhan melulu.


Pakar pendidikan Pusat Statistik Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, William Hussar, berkata ibu bapa dan masyarakat terlalu mendesak, inginkan kesempurnaan dan gagal memahami masalah orang lain.


"Mereka mahukan yang terbaik tapi jangan biarkan keinginan itu terlalu menguasai diri malah tiada sesiapa yang sempurna.


"Guru manusia biasa yang ada pelbagai masalah. Mereka mahu memberikan komitmen tapi kadang kala bukan semua mampu memenuhinya. "Tidak adil hanya kerana masalah itu mereka perlu menerima kecaman dan dihentam tanpa peluang membela diri," katanya.


Meskipun sikap masyarakat negara maju lebih terbuka, ada segelintir enggan menerima penjelasan dan menjadikan isu sedia ada lebih panas.

Memburukkan keadaan apabila isu taraf institusi turut diheret dengan ibu bapa melabelkan sekolah awam sebagai tidak profesional berbanding swasta.

Menurut Hussar, perbandingan itu bukan saja akan melemahkan semangat guru dan menjatuhkan standard institusi awam tapi memburukkan lagi keadaan.


"Apabila taraf institusi dipertikaikan, komitmen guru akan tergugat, tiada keadilan, kualiti pembelajaran merosot sekali gus merencat segala usaha direncanakan selama ini.


"Sepatutnya, semua pihak bekerjasama untuk mengatasi kemelut ini kerana jika tidak ditangani segera, ia akan meninggalkan impak lebih parah kepada masyarakat dan negara," katanya.


Pada masa ini, Amerika Syarikat (AS) mempunyai 3.2 juta tenaga pengajar pelbagai institusi dan lebih separuh daripada mereka mempunyai kelayakan tinggi seperti profesor dan pensyarah manakala ada juga berpengalaman luas seperti bekas guru.

Menurut Hussar, meneliti kelayakan sedia ada, tidak mungkin timbul pertikaian mengenai kemampuan guru mendidik pelajar dan beranggapan isu berkenaan sengaja diperbesarkan.


"Apabila isu remeh diperbesarkan, ia pasti menyebabkan keseluruhan institusi guru dipersalahkan.


"Jika ada masalah, berbincang secara berhemah, tidak perlu tuduh menuduh atau melakukan provokasi kerana tiada siapa yang sempurna," katanya.


Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas pakar kajian sosial dan pendidikan, Dr George Capple yang menganggap Hussar terlalu membela guru dan tidak mahu memahami masalah dihadapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat.


"Kenyataan itu berat sebelah. Salahkah jika ibu bapa dan masyarakat mahukan pendidikan berkualiti.


"Ibu bapa dan masyarakat bukan mahukan kesempurnaan tapi komitmen.


"Malangnya guru lalai dan sibuk dengan agenda peribadi sehingga mengabaikan tanggung jawab mendidik pelajar," katanya.

Sumber: metro-18.6.10

31.5.10

Happy Holiday and Have Fun

Selamat Ari Gawai
Gayu Guru Gerai Nyamai


Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan


Happy Wesak Day

21.5.10

Teacher's Day 2010

Aksi guru2 sempena sambutan hari guru peringkat sekolah pada 17 mei 2010. Walau bagaimanapun, minta maaf kerana tidak semua muka guru dapat dimasukkan dalam slideshow ini.

18.5.10

A Teacher's Power

I have come to a frightening
conclusion that I am the decisive
element in the classroom.
It is my personal approach that
creates the climate. It is my daily
mood that makes the weather.

As a teacher, I possess tremendous
powers to make a child's life
miserable or joyous. I can be a tool of
torture or an instrument of
inspiration.

I can humiliate or humor, hurt or
heal, in all situations, it is my
response that decides whether a crisis
will be escalated or deescalated and a
child humanized or dehumanized.

~~~Haim Ginott~~~

Welcome Form 6

Selamat Datang diucapkan kepada siswa-siswi Tingkatan 6 ke SM Teknik Likas. Kelmarin adalah hari pertama mereka ke sekolah setelah mendaftar pada minggu lepas. Diharap mereka akan mengambil peluang ini untuk menimba ilmu sebagai batu loncatan untuk melangkah ke IPTA/IPTS. Selamat maju jaya...

9.5.10

Happy Mother's Day

A mother's love determines how
We love ourselves and others.
There is no sky we'll ever see
Not lit by that first love.
Stripped of love, the universe
Would drive us mad with pain;
But we are born into a world
That greets our cries with joy.
How much I owe you for the kiss
That told me who I was!
The greatest gift--a love of life--
Lay laughing in your eyes.
Because of you my world still has
The soft grace of your smile;
And every wind of fortune bears
The scent of your caress.


source: google search

28.4.10

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SPM & STPM 2009

KAT 2010

Kontinjen Teknik Likas akan bertolak ke SMT Sandakan esok, 29 April dengan semangat dan keyakinan tinggi untuk membawa balik kemenangan. Kita berharap kepulangan mereka ke KK minggu depan membawa kabar gembira.

Teknik Boleh...

13.4.10

KELAB STAF TEKNIK LIKAS

PERKHEMAHAN PERDANA DI SURUSUP TUARAN
AHLI KELAB AKAN BERADA DI SANA PADA

TARIKH 16 - 17 april 2010
HARI JUMAAT DAN SABTU
AKTIVITI
BERKHEMAH
MEMUKAT DAN MEMANCING
MENCARI KETAM
DAN EXPLORACE MENCARI HARTA KARUN - PENINGGALAN JEPUN

KETUA ROMBONGAN TUAN ZULFATA MUSTAFA
KETUA TUKANG MASAK USTAZ CHE SEMAN CHE HASSAN

DIINGATKAN PARA PESERTA SILA BAWA BERSAMA KEPERLUAN DAN UBAT-UBATAN MASING-MASING
MASA BERTOLAK JAM 03.00 PETANG - DARI SM TEKNIK LIKAS
PENGANGKUTAN SENDIRIAN BERHAD

HIDUP MESTI BERJIWA BESAR
JANGAN LUPA BAYAR DULU RM 10.00 WANG PENDAFTARAN

TERIMA KASIH

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2010

Hari Bersejarah
Majlis Kecemerlangan Pelajar - SM Teknik Likas 2010

Hari Khamis - 15 April 2010
Di Dewan Nilam Sari - SM Teknik Likas Kota Kinabalu
Masa - 08.00 Pagi
Semua Bekas Pelajar dijemput HADIR

Terima Kasih

21.3.10

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada adik Ainun Zakaria (5 PPN) kerana telah dipilih sebagai Olahragawati pada kejohanan MSSDKK yang telah diadakan baru-baru ini. Semoga dia terus berjaya dalam bidang sukan yang diceburinya.
Majulah sukan untuk sekolah. Teknik Likas boleh...

14.3.10

Keputusan SPM 2009

Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada hari Khamis lepas, 11 Mac 2009. Seperti tiap2 tahun, apabila slip keputusan diambil, ada yang senyum dan ketawa gembira. Ada juga yang sedih dan selamba dengan keputusan mereka. Memang dalam setiap peperiksaan, ada yang lulus dengan cemerlang, ada yang lulus dan ada juga yang gagal. Tahniah kepada yang berjaya dan jangan putus asa kepada yang tidak mencapai keputusan yang diinginkan. That's not the end of the world. Life has to go on...

Berikut adalah antara pelajar yang telah menujukkan prestasi yang cemerlang dalam SPM 2009. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Aliran Teknikal:
1. Azrin Buyong ( 5 ELIT) - 7A [ 1A+, 2A, 4A-]
2. Syafiq Izwan Kassim (5 ELIT) - 5A [2A+, 3A]
3. Dickddy Don Dennis (5 ELIT) - 5A [3A, 2A-]
4. Nur Asyikin Rusimin (5 ELIT) - 5A [1A+, 1A, 3A-]

Aliran Vokasional:
1. Erde Jinnus (5PTP) - 7A [1A+, 3A, 3A-]
2. Junnly Galin (5PTP) - 6A [2A, 4A-]
3. Rafhidah Rusman (5PTP) - 6A [2A, 4A-]

Great success ahead to all of you...

26.2.10

Sayonara Cikgu Noorwainie

Warga SM Teknik LIkas mengucapkan selamat berpindah dan bertugas di tempat baru iaitu IP Gaya, Kota Kinabalu. Sekolah akan kehilangan seorang cikgu yang cukup komited dengan kerja beliau dalam ko-kurikulum dan kurikulum. Seorang guru yang tegas tetapi baik hati, mesra dan mudah dibawa berbincang dalam tugasan dan kerja2 sekolah. Semoga cikgu akan terus berkhidmat dengan cemerlang di IP Gaya.


Ucapan perpisahan oleh Cikgu Noorwainie
Menerima hadiah drpd Cikgu Pausin

Menerima hadiah drpa Cikgu Kala

Menerima hadiah drpd Cikgu Nani Chan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sayonara cikgu...sehingga kita berjumpa lagi...
Walaupun jauh di mata tetapi cikgu akan sentiasa dekat di hati kami ...

20.2.10

Tahniah diucapkan kpd Cikgu Rozzainy Sham krn mendpt cahaya mata baru ( baby boy).


Minggu depan, 25 Februari 2010, keputusan STPM akan diumumkan. Kpd semua calon STPM 2009, semoga beroleh kejayaan yg cemerlang.


See you all next week...

17.2.10

Orang-orang terkaya di Malaysia

‘Sugar King’ is the richest'



KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, the Kuok Group patriarch who relinquished his “Sugar King” crown last year, still tops the list of 40 richest people in Malaysia, followed by telecommunication tycoon Tan Sri Ananda Krishnan.

Collectively, the country’s 40 richest people recorded an increase in their fortunes totalling RM156.7bil as at Jan 15, or 63% more than the RM96.3bil a year ago, on the back of a recovery in the stock market, a Malaysian Business survey reveals.

However, according to the fortnightly magazine’s survey results released in a statement yesterday, their combined wealth was still less than the RM171.9bil recorded in 2008.

The benchmark FBM KLCI rose 44.3% since its last survey as the world strives to get back on its feet following the global financial crisis.

The full list of the 40 tycoons and details of their wealth are published in the magazine’s Feb 16 issue.

As in the previous year, the wealth of the Top 40 was assessed based on the value of their stakes in listed companies as at Jan 15 this year.

The survey also revealed that close to half on this year’s list recorded jumps of 50% or more. There are also more billionaires — 22, eight more than last year.

Media-shy and telecommunication tycoon Ananda Krishnan ranked second, clocking in at RM27bil.

IOI Corporation Bhd’s Tan Sri Lee Shin Chen was third with RM11.92bil, followed by prominent banker Tan Sri Teh Hong Piow at RM10.86bil.

Genting Group’s Tan Sri Lim Kok Thay, valued at RM10.38bil, leapt a full 10 spots to No. 5. This was because he assumed a large chunk of the wealth of his late father, Tan Sri Lim Goh Tong.

Hong Leong Group’s Tan Sri Quek Leng Chan took the sixth spot at RM7.09bil while Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary of the Albukhary Foundation, valued at RM6.01bil, was seventh.

Others in the Top 10 ranking were Lim Goh Tong’s widow Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King of Rimbunan Hijau Group and Tan Sri Vincent Tan of Berjaya Group.

There were five newcomers in the list — Lee Swee Eng of the KNM Group, brothers Datuk Shahril Shamsuddin and Shahriman of Sapura, Datuk Seri Nazir Razak of CIMB Group and OSK Holdings’ Ong Leong Huat, who makes a comeback to the list after a one-year absence. — Bernama



Berita di atas adalah untuk renungan pembaca semua supaya kita sedar diri kita dan berusaha untuk lebih berjaya dalam karier masing-masing.



Tidak salah menjadi kaya asalkan kita bantu orang yang susah.


Teringat kata2 penceramah semasa saya berkursus dulu. Katanya, "Jangan jadi orang susah sebab kita akan menyusahkan orang lain. Jadilah orang senang kerana kita akan menyenangkan orang lain."



Fikir2kan lah...



15.2.10

Sukan Tahunan Hari-2

13.2.10

Gong Xi Fa Chai



Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pembaca blog ini. Semoga tahun harimau memberi semangat untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Jangan lupa untuk menikmati makanan yang disajikan semasa open house kelak, terutama sekali cup-cakes..

Enjoy the holidays...


12.2.10