17.4.09

KAT 2009

Hari ini Kontinjen SM Teknik Likas telah bertolak ke SM Teknik Kudat untuk menyertai Kejohanan Antara Teknik Zon Sabah dan WP Labuan. Seluruh warga Teknik Likas mengucapkan selamat berjuang dan semoga menjadi Juara keseluruhan pada kali ini.

Pagi tadi sempat juga saya bersembang dengan beberapa orang peserta yang akan bertanding pada kejohanan di SM Teknik Kudat. Rata2 mereka cukup bersemangat sekali. Harap2 semangat tu dibawa hingga ke gelanggang pertandingan.

All the best!!!

11.4.09

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah

10.4.09

Happy holiday and Happy Easter everyone!


8.4.09

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak kerana telah menjadi JOHAN. Yes, you boyz are the champion!!!

Tak lupa juga kepada pasukan hoki kerana berjaya mendapat tempat ke-3. Memang teknik bole..

Kepada guru2 yang telah bekerja keras melatih pemain2 bola dan hoki, setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua.

Majulah sukan untuk teknik dan negara...


7.4.09

Hi semua,

Lama juga berehat daripada menulis di sini. Maklumlah masing2 sibuk dengan gempur nya, juga bolasepak dan hoki. So, kali ni nak kongsi barang baik punya tapi dalam bahasa orang putih. I hope you all paham apa yang ditulis ni. Kalo inda paham, buka kamus..

Saya terjumpa bahan ni dalam surat kabar minggu lalu. Jadi saya mau kongsi prinsip2 untuk berjaya. Post ini diambil daripada penulis Jack Canfield, seorang pengarang yang saya pasti you all tau punya. Dia terkenal dengan koleksi buku Chicken Soup for....

Di bawah disenaraikan prinsip2 utama untuk seseorang mencapai kejayaan.

1. Take 100 per cent Responsibility for your life
2. Be clear why you are here
3. Decide what you want
4. Believe it's possible
5. Believe in yourself
6. Become an inverse paranoid
7. Unleash the power of goal-setting
8. Chunk it down
9. Success leaves clues
10 Release the brakes
11. See what you want, Get what yousee
12. Act as if
13.Take action
14. Experience your fear and take action anyway
15. Ask! Ask! Ask!
16. Reject rejection
17. Use feedback to your advantage
18. Commit to constant and never-ending improvement
19. Practice Persistence
20. Practice the rule of five
21. Surround yourself with successful people
22. Clean up your messes and your incompletes
23. Develop four new success habits a year
24. Stay focused on your core genius
25. Start now! ...Just do it!

Penulis tu bilang kalo mau sukses, semua prinsip di atas bole digunakan dalam apa bidang sekali pun...

Baru kamu tau...panjangkan. Biar kamu orang pening bacanya kali ni.

sampai jumpa lagi...