28.2.09

Training of Trainers-1

Taklimat Pengenalan dan Pelaksanaan Program Usahawan Muda (PUM). Sesi ini dikendalikan oleh En. Mohd. Zuri Zainol, Penolong Pengarah, Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN) agensi kerajaan di bawah MECD, Kuala Lumpur.

Antara kandungan taklimat adalah;
*Pengenalan MECD
*INSKEN
*Program Pembudayaan
*PUM

sampai jumpa lagi...

27.2.09

Training Of Trainers


Sepintas lalu tentang Kursus "Training of Trainers" untuk Guru Penasihat Program Usahawan Muda (PUM). Laporan lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


sampai jumpa lagi...

25.2.09

Rekaan fesyen baju surat khabar oleh ahli-ahli Kelab Seni Budaya

Barisan model yang penuh bergaya


Fesyen ala baju Rungus digayakan oleh Model Jannah ciptaan Elvysta dan Elis.
Fesyen bersantai ke pantai diperagakan oleh Model Nasya ciptaan Beverly dan Mastura
Fesyen remaja masa depan?Ciptaan Izyan , Cornelia dan diperagakan oleh Model Sondra.


Model Verril dengan fesyen 'Super Hero' hasil ciptaan Verril,Faiz dan Nigel.

Pendaftaran Tingkatan 4

Salaam/Shallom

Pada 23-02-2009 lepas pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 4 telah dilaksanakan. Proses pendaftaran berjalan dalam suasana yang tenang, selesa, ceria dan lancar. Bagaimanapun bilangan yang datang mendaftar tidak seperti yang SAYA jangkakan, yakni kurang dari jangkaan.

Saya tidak terlibat secara langsung dengan pendaftaran ini, jadi saya gunakan masa untuk mengambil gambar-gambar suasana pada hari tersebut menggunakan kamera saya yang serba tidak canggih ini. Hasilnya anda boleh lihat pada slide foto berikut.

Kualiti gambar dan anglenya ketara betul tiada kualiti... almaklumlah terlampau "pro" bah juru kameranya hehehe. Apapun enjoy the slide. Saya ambil masa lebih satu jam ke sana ke mari untuk mengambil gambar-gambar ini. Kalau tiada muka kamurang "siou" banyak-banyak. ... :-)

22.2.09

WeLcOMe tO dA cLubZ

We,
The otai-er of LiTechs,
Promise with our heart,
Swear with faithfully,
That we,
Will never ever gonna bully,
Our new brothers and sisters,
Will treat them as a new family members,
Will show that we are the role model of LiTechs,
And be the great senior that they ever have..
For All Of You,
New enrollment of LiTechs..
Welcome To The Club..
Welcome Myspace Comments
MyNiceSpace.com

21.2.09

Apakan Daya



Hi...

Kartun ini memberikan kiasan bertapa mencabarnya hendak mengajar mata pelajaran Fizik pada peringkat permulaan ini. Permulaan kerana pelajar hanya akan mula mempelajari subjek ini secara khusus di tingkatan 4 dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Subjek ini banyak membincangkan fenomena2 semulajadi dan menerangkan sebab musababnya dari segi matematik. Dari sini timbullah berbagai2 Hukum Alam itu.

Banyak juga konsep2 yang abstrak perlu disampaikan kepada pelajar... tu yang sukar tu...

Abstrak misalnya, waktu kecil saya tidak faham kenapa ada tuhan, jadi saya tanya kepada semua orang di sekeliling saya kenapa perlu adanya tuhan dan mana tuhan itu. Contoh jawapan yang saya terima pula ialah, semua benda2 yang saya lihat sekarang ini tidak wujud sendiri tetapi kerana ada penciptanya yang dipanggil tuhan. Lalu saya bertanya lagi di mana tuhan itu, mereka jawab kita tidak dapat melihat tuhan tetapi kita hanya dapat melihat kesan2 wujudnya tuhan itu, iaitu kewujudan benda2 semua ni.

Jadi dengan cara berfikir yang sama saya akan terangkan apa itu DAYA atau dalam istilah omputehnya FORCE.

Mula2 saya katakan begini...
"kita tidak dapat melihat DAYA tetapi kita hanya dapat melihat kesan2 wujudnya DAYA"

Hehehe... jadi apalah kesan2 kewujudan daya?

Katalah sebuah kotak tiba2 bergerak sendiri, maknanya mesti ada sesuatu yang menolak atau menarik benda itu. Sesetengah orang akan mengatakan bahawa ada hantu yang menggerakkannya. Dalam Fizik senang saja, hantu itu telah mengenakan DAYA yang menyebabkan kotak itu bergerak. Tidak kesahlah siapa agen yang menggerakkan kotak itu samada hantukah, orangkah, jampi serapahkah, mesinkah... dll, pokoknya sesuatu telah dikenakan kepada kepada kotak itu, dan sesuatu itu ialah DAYA.

DAYA ini bukan sahaja sesuatu yang menyebabkan gerakan, tetapi juga menyebabkan berhentinya gerakan, berubahnya bentuk, berubah saiz dam macam2 lagilah. Malangnya kita cuma dapat melihat kesan2 DAYA.

Menjadi lebih sukar lagi dalam subjek Fizik kerana pelajar bukan sekadar perlu tahu mentakrif apa itu daya, tetapi juga mereka harus tahu mengira kuantiti daya ini. Heheheh... oklah, saja ni saya nak melalut. Manalah tahu ada juga pelajar yang selama ini tidak pandai faham2 apa itu daya, bila terbaca artikel ii akan lebih mengerti bah.

Ok, adik2 semua rajin2 lah mengulangkaji pelajaran terutamanya Fizik... :)

Sampai jumpa.

17.2.09

Perlantikan PRS dan Ketua Kelas

Salaam

Kemarin berlangsung acara perlantikan secara rasmi bagi ketua-ketua kelas/penolong, dan pembimbing rakan sebaya (prs) di Dewan Nilam Sari yang diketuai oleh Cikgu Borhan Karim. Nda payahlah banyak cakap... tengok saja slideshow ni... (ihsan daripada cigu Yunus). Saya lupa bawa kamera kici sia tu jadi inda dapat mengkatik hehehe.

16.2.09

some actions

hello...

here's another photo collections i got from mr. felix valentine. enjoy the slideshow.

15.2.09

The Dancers of Technic Likas


Posing di muka pintu Stadium Likas..





Three beautiful girls of Upper Six..



Thanks to the hardwork and discipline of the dancers the performance went very well

Eheh...Kak Vanessakah tu....?




Tcher K dan Tcher Rahmah sangat berbangga dengan kerjasama,komitmen dan kesungguhan yang diberikan.


Sekapur Sireh Seulas Pinang

Setelah tarikh sukan sekolah ditetapkan,satu ujitari telah dijalankan di dewan Nilam Sari untuk menentukan siapakah yang akan terpilih memberi sumbangan untuk sukan tersebut dalam bentuk persembahan.Seramai 10 orang pelajar lelaki dan 19 orang pelajar perempuan telah berjaya dalam pemilihan.Pg.Khairul Qayyum dari 5BB telah membantu dalam membentuk koreografi tarian dengan pimpinan Tcher K dan Tcher Rahmah.Nama tarian yang dipersembahkan ialah Tari Rampai.Tarian ini adalah gabungan tarian-tarian berbentuk budaya Malaysia dan tajuk lagu yang digunakan ialah sebuah lagu lama yang diperbaharui iaitu "Tari Tualang Tiga".Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat.
Mereka telah membantu dalam menunjukkan bahawa remaja seperti mereka bukannya melupakan budaya bangsa malah minat yang ditunjukkan sangat memberangsangkan.Walau ada yang berpandangan negatif tetapi mereka adalah anak bangsa yang telah memilih budaya bangsa daripada budaya kuning yang berleluasa pada zaman sekarang ini.

14.2.09

Penyerahan Kad Laporan Murid



















Hari ini telah berlangsung mesyuarat pibg dan diikuti dengan penyerahan kad kemajuan murid. hm... satu saja komen saya, tidak ramai kehadiran looo...

Test dulu...



amacam? hehehe...

13.2.09

ppsmi



hello...

kemarin guru2 ppsmi terpaksa buat mikro teaching dan diselia oleh mentor masing2. hmm... ikhlas cakaplah, saya sebenarnya tidak nampak keberkesanan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. lebih banyak kesan bruk dari kesan baik. kasihan anak2 kampung yg jauh di pedalaman terpaksa menjawab peperiksaan dalam bahasa inggeris, buat rujukan dalam bahasa ingggeris, walhal bahasa melayu juga belum begitu dikuasai.

bukan saja murid yang jadi mangsa, malah ramai juga guru2 yang terkial2 menyampaikan pengajaran dalam bahasa asing ini. tahun lepas guru2 ppsmi kena menduduki ujian tahap profisiensi bahasa inggeris, dan keputusannya sangat mengecewakan. malas saya mau komen banyak, tapi bukan bikin bersemangat, bikin meluat ada lagi. karut saja semua ini. patutkah tiada seorang pun lepas tahap 2, dan yg tidak hadir pun ada result?

kalau mau buat pengajaran math dan sains dalam bahasa inggeris pun biarlah kumpulan pelajar terpilih saja bah... dan sekolah terpilih. orang jepun, cina, thailand pun maju tanpa perlu menggunakan bahasa inggeris. bah cukup dulu lah...

12.2.09

Quirky Quote

Post kali agak berlainan sikit daripada yang biasa. Maklum la kan, guru-guru begitu sibuk minggu ni. So, mari kita renungkan kata-kata di bawah. Dalam bahasa Inggeris tau, kalau tak faham tanyalah dengan kawan. Kalau mereka tak faham juga, buat-buat faham.

" Confidence grows at the rate a coconut tree grows. It falls at the rate a coconut falls" ~~Dr. Montek S Ahluwalia, Deputy Chairman of India's Planning Commission

so...fikir-fikir kan...

9.2.09

Dragon Zakura



Hi, salam semua. Ini kali pertama saya post di blog ini. Atas permintaan $en$ei saya uploadkan sedutan drama Dragon Zakura. Drama ini mengisahkan seorang lawyer yang datang membantu 6 orang pelajar lemah dan nakal untuk mendapatkan keputusan cemerlang menggunakan teknik pembelajaran yang menarik. Kepada semua pelajar SM Teknik Likas, selamat belajar dan semoga berjaya di dalam peperiksaan dan di masa depan. Kepada guru-guru, teruskan usaha anda.

8.2.09

Sukan Tahunan SMTL 2009 (Stadium)

Hi, penatkah?

Kemarin berlangsung acara sukan tahunan SM Teknik Likas di Stadium Likas. Bagi saya semuanya berjalan lancar. Cuaca pula cukup baik, entah bomoh mana kena pakai ni hehe. Disiplin pelajar juga terkawal. Cuma ada pelajar kehilangan beg aku dengar la, hmmm ada la tu kawan2 tolong bawa.

Kerja sama dari guru-guru bertugas sangat memuaskan. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Paling2 ada dua pelajar pitam kena panas hehehe.

Johan keseluruhan ialah rumah Sigma. Hmmm... rumah tu penuh dengan atlit-atlit bertaraf dunia bah, mestilah manang... kekekeke.

Maklumat lanjut nanti si Ace tambah la ya, aku cuma upload sikit gambar2 yang dapat aku ambil. Sayang, bateri aku habis, jadi gambar perbarisan inda dapat aku ambil.

Gambar2 aku ni blum ada kelas lagi la, besalah kemra kual-kual saja, dan teknik2 fotografi pun lansung aku nda tau. Mo berguru dulu ni dengan cigu Freddy, Santos, Melvin dan Felix. Enjoy the slide, and plisss give ur comment for impruvmen arr.

Nantilah aku minta copy gambar2 dari kamera kawan2. O... let ur frens know about this site ok. Pi tinguk gelagat kamurang sana... :). Bye

Acara Padang

Hai...

Hehe, nda tau la pa saya sudah buat dengan kamera ni. Hentam saja saya gambar2 sana sini. Bukan apa, suatu hari nanti ada juga ditinguk2 sebagai kenangan kan kan? Bah, enjoy the slideshow.

2.2.09

Catur MSSM, Tuaran





Fernandez











Nazirrul











Raihana







Semasa ramai pelajar terlibat dengan aktiviti merentas desa pada hari jumaat lepas, tiga orang pelajar kita ke Tuaran untuk mengikuti pertandingan catur antara sekolah-sekolah di Peringkat Bahagian. Setiap pemain akan bermain 7 perlawanan. Dalam pertandingan ini, Fernandez menang 4 dan tewas 3, Nazirrul menang 3 dan tewas 4, manakala Raihana menang 4 dan tewas 3 permainan.

Apapun pujian harus diberikan kepada mereka kerana telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang hari. Penat tau... Mereka telah bermain dengan baik, namun bukan rezeki nak menang la tuu... Tak mengapa kita cuba lagi ya.







1.2.09

cuba-cuba aja

ai kengkawan got any news 2 share......