12.1.11

Pendaftaran Peperiksaan STPM &MUET 2011

Salam 1M,

Pendaftaran calon persendirian individu telah dibuka pada 10.10.11 dan akan ditutup pada 29.03.11.

Kadar bayaran;
a) Bayayaran asas (RM55.00)
b) Bayaran untuk satu mata pelajaran (RM35.00)
c) Caj bayaran pembelian nombor Pin MEC (RM1.00)


Bagi MUET Pertengahan Tahun 2011 pula, tarikh dibuka pada 10.01.11 dan ditutup pada 27.01.11.

Kadar bayaran;
a) Yuran Pendaftaran (RM60.00)
b) Caj bayaran pembelian nombor Pin MEC (RM1.00)

Pendaftaran dilakukan secara online melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online.

Sila buat pendaftaran awal untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sekian...jumpa lagi..


5.1.11

Selamat Tahun Baru 2011

Salam 1 Malaysia,

Rasanya belum terlambat lagi utk mengucapkn 'Selamat Tahun Baru 2011'. Diharap azam thn lepas telah dicapai dan dilaksanakan dgn jayanya.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar Tg. 5 & Tg.6 Atas.

Selamat bertugas kepada semua guru.

Selamat datang kepada guru baru dan juga selamat menjalani latihan mengajar kpd pelatih2 dari UTHM. Semoga dapat menimba ilmu pendidikan sepanjang berada di teknik likas sebagai persediaan menghadapi dunia pendidikan kelak.

Selamat berpindah dan bertugas di tempat baru kpd Ustaz Zaki dan Cikgu Rokiah Saad. Semoga terus cemerlang.

Dan akhir sekali 'Selamat Datang' kpd adik2 tg.4 yang akan mendaftar pada Khamis, 06.01.2011. Diharapkan telah memilih kursus yg sesuai dengan minat dan kecenderungan diri. Cepat2 lah sesuaikan diri dengan budaya teknik kerana belajar di sekolah teknik/vokasional agak berbeza dengan sekolah biasa kerana pelajar2nya terdiri drpd tg.4, tg.5 dan tg.6 sahaja. Suasana pergaulan agak berbeza juga kerana di sekolah biasa ada pelajar2 tg.1, tg.2 dan tg.3.

Tahniah kepada yg berjaya dipilih memasuki tg.4 ke teknik likas. Kpd yg tdk berjaya, peluang masih ada dengan membuat rayuan.

sampai jumpa lagi...