31.12.09

2010

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga semua impian anda menjadi kenyataan pada tahun ini.

1. Lulus STPM dengan cemerlang.
2. Lulus SPM dengan cemerlang.
3. Lulus PTK dengan cemerlang.
4. Lulus kursus induksi dengan cemerlang.
5. Lulus temuduga dengan cemerlang.
6. Dapat pasangan hidup yang ideal.
7. Dapat anak yang comel.

Dan macam2 lagi la. Kalo nak dimasukkan di sini mungkin tak muat ruangan ini. Nanti bosan pula pembaca yang lain.

sekian...

30.12.09

Permohonan masuk ke Tg.4 di SM Teknik

Salam 1 Malaysia,

Lama juga tak menulis di blog ni. Maklumlah cuti kan, jadi penulis pun bercuti.

Keputusan PMR 2009 baru saja diumumkan pada 24/12/09 yang lalu. Saya percaya ramai yang hendak memohon untuk memasuki sekolah teknik/vokasional di seluruh negara. Bagi yang belum memohon, masih belum terlambat lagi kerana tarikh tutup permohonan adalah pada 04.01.2010.

So, cepat2lah memohon agar tidak ketinggalan. Permohonan adalah melalui sistem permohonan dalam talian. Pergi ke www.moe.gov.my. Kemudian skrol ke bawah dan lihat bahagian sekolah. Klik di bahagian Permohonan masuk ke tingkatan 4 di SM Teknik dan page baru akan muncul atau alamatnya adalah berikut. http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/index.cfm.

Kepada pembaca2 blog ini, sebarkan berita baik ini kepada saudara mara, adik, jiran, sahabat dan semua org kampung. Tak kiralah melalui sms ke, friendster, ym, facebook, myspace, gosip dan mcm2 lagi la. Ramai2 memohon untuk masuk ke sekolah teknik/vokasional. Pilihlah yang berdekatan dengan tempat anda. The more the merrier.

Selamat memohon dan semoga berjaya.